Saturday, January 15, 2011

Fikit fikir lah Melayu 999

Oleh Anak Mami

Dalam bidang perniagaan dan professional masyarakat India lebih kedepan dari masyarakat Melayu. Pakar ekonomi meramalkan untuk tahun-tahun mendatang India berkemungkinan menjadi gergasi ekonomi diAsia selepas China mengatasi Jepon dan Korea Selatan. Dengan upah buroh yang murah dan rakyat yang berpelajaran ( terutama IT) ia menjadi pilihan utama para pelabur. Pendapat peribadi saya perlantikan menteri2 tersebut bersifat serampang dua.mata . Selain kelayakan akedamik, menang PRU kewujudan mereka akan lebih memudahkan syarikat-syarikat tempatan untuk melabur diIndia.

Contoh mudah -soalan saya jika sdra berkenan dengan seorang gadis dan mahu menjadikan beliau teman hidup. Untuk memenangi hatinya dan kedua orang tuanya, serta ahli keluarga yang lain apakah tindakan susulan sdra? Andai sdra dapat menjawab soalan tersebut maka saya rasa terjawablah isu diatas

Melayu sebanyak 14%

Kedua negara kita hidup berjiran. Pernahkah sdra hidup berjiran terutama dengan bukan Melayu? Apakah isu-isu yang kerap timbul dalam suasana hidup berjiran ?Berkemunkinan dasar negara sdra sedikit sebanyak memberi tempias kepada masyarakat Melayu disini. Oleh itu cubalah kaji dan fikirkan ciri-ciri hidup berjiran. Mungkin terjawab persoalan sdra yang kedua.


Buat santapan minda

Kini mari kita lihat senerio politik US dan pengaruh Yahudi didalam negara tersebut, dimana kaum Yahudi hanya membentuk 5% dari keseluruhan jumlah penduduk US. Begitu juga dasar politik kebanyakan negara yang duduk dalam kumpulan G8, kecuali Jepon ( dulu G7 dengan kemasukan USSR kini menjadi G8 )

Kebanyakan dasar Timur Tengah yang berkaitan dengan isu Palestin lebih memihak kepada negara Zionist Yahudi. Pengaruh Zionist keatas politikus dan dasar luar dalam negara tersebut mengingatkan saya sebuah hadis Rasulullah saw yang lebih kurang bermaksud ‘ Ada 9 bahagian kekayaan didunia ( read: economic) berada dalam dunia perniagaan’

Dengan angka 9 ini syiar Islam dapat disebarkan diseluruh alam maya. Dengan 9 juga .Kristian dapat terus berdakwah. Dengan 9 dunia bergerak pantas.Dan dengan 9 juga apa yang berlaku diG8 tidak mustahil berlaku kepada kita.Oleh itu usahlah kita merasa selesa serta leka dan tertipu dengan bilangan menteri yang ramai yang duduk dalam sesuatu pemerintah atau kerajaan

No comments:

Post a Comment