Saturday, January 15, 2011

Email dari Melayu Singapore


Oleh Anak Mami

Berikut adalah sebuah Emel yang dihantar oleh seorang rakyat Singapura beragama Islam.

Salam sdra

Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sdra Mahafiraun. Banyak maklumat yang saya perolehi dari penulisan sdra dari muka surat yang sebelumnya. Ada diantaranya maklumat yang terbaru bagi diri saya. Terima ksih sekali lagi.

Persoalan sdra agak samar-samar. Rata-rata masjid disini menggunakan speaker ketika azan. Mungkin sdra bermaksud speaker dihala keluar masjid dan bunyi azan dapat didengar oleh orang yang berada jauh diluar masjid.

Bagi menjawab persoalan sdra . Hanya Masjid Sultan saja yang masih dan boleh berbuat demikian. Masjid-masjid lain dibenarkan azan menggunakan speaker tetapi dihala kedalam masjid..Ada beberapa factor dalam mengupas isu ini.

1.Singapura adalah negara secular..Ugama adalah sesuatu yang amat sensitive.Anda diberi kebebasan melaksanakan berugama anda. Diwaktu yang sama anda juga harus peka dan menghormati masyarakat bukan Islam disekeliling anda

2.Taburan penduduk disini terlalu padat . Kebanyakan masjid terletak berhampiran dengan kawasan penginapan penduduk. Dan majority penduduk bukanlah yang berugama Islam. Apakah penerimaan masyarakat bukan Islam jika setiap 5 waktu laungan azan terutama suboh yang mungkin menggangu keselesaan mereka. Kata orang puteh’ put yourself into their shoe’

3. Apakah dengan azan berkemuandang diluar masjid, akan bertambah bilangan jemaah bersolat dimasjid maaf bukan bertujuan menghina- Bulan December lepas berkunjong kerumah adik dinegeri????? ( tak payah sebut) azan suboh dari surau berkumandang dikawasan perumahan tersebut. Andaian saya 80% penduduk disitu adalah Melayu. Tetapi bila saya bersolat didalamnya hanya ada tujuh jemaah dan imam

4. Berhubong dengan isu no.3 .Disini saya amat berbesar hati dengan sikap pemuda/golongan jemaah tabligh yang mengetuk pintu setiap rumah orang Islam untuk mengajak mereka datang bersama-sama memakmorkan masjid dengan menunaikan solat berjemaah. Mudah2an usaha mereka mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Terkini kemajuan teknoloji memudahkan anda untuk tahu dan mendengar azan melalui handphone, radio dan internet.

5.Pemerintah sedaya upaya cuba berlaku adil kepada setiap ugama. Saya difahamkan bunyi loceng dikuil-kuil hindu hanya boleh dibunyikan pada waktu-waktu tertentu. Terbaru dilaporkan bahawa perarakan Taipusam, peserta dilarang membawa radio dengan speaker subwoofer –bunyi yang membingitkan

6. Ada ura-ura bagi masyarakat Cina, yang perihatni dengan ‘pencemaran udara’ mereka kini berkempen agar ‘pembakaran bakar lilin besar’ dalam sembahyang ‘bulan hantu’ diubah atau ditiadakan lansung bagi memelihara kebersihan udara.

7. Sedikit masa dulu ada laporan statitik diakhbar tentang graf penganut ugama disini. Satu yang menonjul adalah bilangan penganut kristian merupakan yang terbesar dan kebanyakan mereka terdiri golongan professional. Ini mendatangkan rasa kurang senang pada penganut ugama lain. Lalu ramai yang menulis didada akhbar menyatakan kurang setuju dengan laporan tersebut dan menganggap seolah-olah penganut ugama lain mundur dan kurang cerdik. Perlu di-ingat aduan tersebut datang dari masyrakat China yang bukan berugama Kristian. Bagi masyarakat Islam kita tiada masalah kerana keyakinan kita pada ugama Allah dan rasulnya.

8. Laungan azan seharusnya tidak dijadikan isu. Masyarakat Islam disini agak bertuah kerana pemerintah telah mewujudkan sebuah institusi yang menjaga kepentingan masyarkat Islam setempat- MUIS ( Majilis Ugama Islam Singapura) . Cuba anda berusaha buat sedikit homework . Cari adakah sebuah instutusi sedemikian wujud didalam negara dimana umat Islam merupakan masyarakat minority?

Kesimpulannya keterbatasan activiti setiap ugama bukanlah dibuat sewenang-wenangnya. Pemerintah mengambil kira pendapat ketua sesuatu ugama. Bagi yang tidak faham situasi disini mungkin merasakan isu azan adalah satu tekanan kepada penganut ugama Islam. Ini adalah satu persepsi yang amat bertentangan dengan reality sebenar. Dalam menilai atau mengupas sesuatu isu kita harus berpijak dibumi nyata. Lihat senerio budaya, politik, ekonomi sesuatu negeri.Bak kata pepatah ‘lain padang lain belalang’

Nota
Tanya lah UMNO , kenapa sibuk memburukkan umat Islam , khasnya Melayu Singapore ditindas oleh pihak PAP?? ini semua tomahan yang tidak berasas, kenapa pula kurang nampak Melayu Singapore ingin tukar warga kenegaraan mereka jadi Melayu Islam Malaysia??

Ini terbukti satu tipu helah yang dilemparkan oleh UMNO untuk memburukkan nama baik singapore. Cuba lah kita tanya apakah sumbangan anda terhadap Melayu singapore ??? kenapa pula tidak ungkitkan perpaduan Melayu Singapore dengan Melayu Malaysia?? kalau sama sama adalah saudara Islamkenapa tidak hulurkan tangan Islam untuk membantui Melayu Singapore?

Gambar di atas adala masjid bukan terletak di Malaysia, tetapi dibina oleh kerajaan Singapore ..

No comments:

Post a Comment