Sunday, January 30, 2011
Wanita yang paling berani di Malaysia
Oleh Anak Mami
Sepanjang kes kematian Teoh Beng Hock , Adiknya Teoh Lee Lan sudah muncul sebagai bintang yang menyinar keadilan Malaysia, perjuangan beliau bukan saja dapat sokongan dari lapisan rakyat, malah beliau berupaya berdiri di setiap hati rakyat Tionghua di Malaysia.
Dalam inkues Teoh Beng Hock, koroner memberikan jawapan yang penuh dengan misteri, jawapan yang paling banggang dan jadi bahan ketawa di pelusuk dunia. Tapi Teoh Lee Lan sanggup berdiri dan sampaikan mesej perjuangannya. supaya menutut keadilan terhadap abangyanya mediang Teoh Beng Hock.
Begitu juga, Nazri Aziz pernah menyatakan Teoh Beng Hock dengan gaya spiderman meloncat kebawah bangunan untuk membunuh diri, Malangnya Teoh Lee Lan dapat berdiri dengan gagah menyapu muka air Nazri Aziz hingga dapat malu. Najib terpaksa menunduk kepalanya akibat tanggung malu.
Datuk Abu Kassim Mohamed. bermulut tempayan, tampil mengeluarkan kata kata yang memburukkan nama baik Teoh Beng Hock, sekali lagi ditempar hingga jatuh malu. Semangat perjuangan Teoh Lee Lan patut lah dicontohi olh rakyat Malaysia, dimana ramai suspek telah dibunuh tanpa bukti dan mahkamah kangaroo sering memutar belitkan fakta, tidak kurang juga hilangkan bukti bukti tertentu, kalau lah pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa tida k diajar , bila akan malaysia maju ? Rakyat malaysia memahami apakah hak asasi manusia yang termaktud dalam dunia ini?
Teo Lee Lan membuat seruan, facebook , buat show di perantaun, beliau gunakan titisan airmatanya sudah sanggup menjatuhkan regime , beliau lah wanita yang patut dianugerahkan pangkat Tan Sri tau TUN, ini lah perjuang yang benar benar memperjuangkan keadilan dan kebenaran, Teoh Lee Lan : called on Najib to extend the RCI’s scope of investigations to include the circumstances surrounding Beng Hock’s fatal fall and not limit it to the MACC’s procedures. .
Aktiviti Teoh Lee Lan merantau semalaysia sambil menitis airmata, bukan sahaja dapat mencacatkan parti MCA dan GERAKAN, malah menyatukan bangsa Cina di Malaysia jangan menaruh harapan keatas kedua dua parti ini, Beliau mengkritik parti politik atas dasar kemanusiaan, kuasa beliau bukan menyatukan bangsa tionghua tetapi sedikit sebanyak dapat simpati dari berbilang kaum di malaysia.
Perjuangan Teoh Lee Lan patutlah dicontohi oleh bilangan masyarakat, khasnya kes kes mati terkejut di lokap polis, kes kes penderaan , Begitu juga dalam masyaraat India dan masyarakat Melayu, keluarga mangsa yang dibunuh mati oleh Polis haruslah memperlajari dan menuntut tektik cara Teoh Lee Lan , semangat Teoh Lee Lan akan berkibar di mana mana pelusuk, nescaya pihak kakitangan kerajaan tak berani menaggung risiko sebeum melakukan penderaan terhadap suspek.
Lihat lah kes Amirul Rasyid yang ditempak mati oleh polis , lihatlah kes Kugan yang mengelap hati manusia, sehingga kini apakah keputusannya? Gagasan Teoh Lee Lan haruslah dicontohi oleh lapisan masayarakt, kalau terdapat apa apa salah laku oleh kakitangan kerajaan, berani lah mengikutilah langhak Teoh Lee Lan, membongkar, mengheret ,hingga terlanjangkan pihak penjenayah. Lawan hingga menyedarkan masyarakat Hak Asasi Manusia amat amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.
Labels:
Socio-political
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment