Monday, January 24, 2011

Beberapa soalan untuk Parti Keadilan Rakyat. Saya memohon supaya soalan-soalan ini dijawab dengan segera.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Nama saya Sritharan dari Melaka.
No. HP: 010-5475 899
E-mail:srihero@gmail.com

Semalam, saya membuat sebuah risalah 'Muhibah Malaysia' seperti di attachment kerana disuruh oleh seorang kawan saya.
Saya pun buatlah! Mula-mula, saya letakkan logo parti PAS, kemudian diikuti oleh parti DAP dan seterusnya parti PKR. Semasa meletakkan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke dalam kelopak 'Bunga Raya', tiba-tiba saya mendapat suatu firasat mengenai logo Parti Keadilan Rakyat. Sejak kebelakangan ini, saya banyak membaca buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan Agama Islam.

Saya ingin memohon maaf sebelum menanyakan soalan yang sensitif. Soalan ini saya tujukan kepada Parti Keadilan Rakyat.

1. Kenapa PKR menggunakan simbol 'Dajjal' di dalam logo partinya?
Kenapa saya katakan 'Dajjal'? Kerana PKR menggunakan simbol satu mata di tengah-tengah. Dajjal hanya mempunyai satu mata yang berfungsi di sebelah kiri dan mata kanannya tersembul keluar . Fikir-fikirkanlah!

http://www.keadilanrakyat.org/en/keadilan/pengenalan/identiti-parti


"Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan dan mencerminkan mata hati nurani yang mondorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan."


2. Kalau begitu, kenapa tak guna dua mata di dalam logo parti?

Perkara ini sangat merunsingkan diri saya.

Sila rujuk artikel-artikel di bawah.

Dajal

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dajal


"Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata."

Masih ad-Dajjal

http://en.wikipedia.org/wiki/Masih_ad-Dajjal



3. Siapakah orang yang mereka logo ini? Saya ingin tahu identiti orang tersebut.


4. Adakah orang tersebut seorang Muslim, bukan Muslim atau orang Yahudi?


Tolong jawab kesemua soalan saya dengan jujur. Tujuan saya menimbulkan persoalan ini adalah untuk mencari kebenaran ('truth') secara ikhlas dan bukan untuk merosakkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR). Saya tidak berniat untuk mengguris hati atau perasaan sesiapa pun. Saya hanya ingin mencari kebenaran ('truth')! Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kerana menanyakan soalan yang sensitif. Minta ampun.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Sritharan

No. HP: 010-5475 899
E-mail:srihero@gmail.com

No comments:

Post a Comment