Thursday, January 6, 2011

Suara Perkasa Bankrap

Oleh Anak Mami

Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.Salah seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu.

"Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.

"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana. "Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.

Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi. "Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus."Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.

Akibat terlalu ekstrem, akhbar mereka pun tidak dapat sambutan. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima pendekatan yang di buat oleh Perkasa ini. Pendekatan mereka ini hanya akan memecah belahkan masyarakat.

--------------------
Tanya Ibrahim Ali seperti soalan berikut:

1) Mana pasaran ? jawapan tiada pasaran.

2) Siapakah target market ? golongan UMNO

3) Kenapa UMNO tak sonkong akbar Pekasa? mempejuangkan hak ketuanan Melayu ?
Jawapan; ahli ahli UMNO bankrap, tiada projek untuk beli akbar Perkasa.

4) Pelaburan disektor media adalah dalam janka panjang, kenapa nak tutp?
jawapan: Test market, kalau rugi tutup lah

5) Rakyat kata akbar Perkasa adalah akbar racist? setuju?
Jawapan : Abkbar Perkasa bukan racist, tapi mempejuangkan untuk Melayu. Khasnya Islam dan Hak Ketuanan Melayu. Itu bukan racist, tapi lebih tumpu kepada kebangsaan.

6) Suara Perkasa kurang dana ? sebab modal pelaburan kecil?hanya sanggup hidup 11 minggu?
jawapan: Bukan Kurang Dana, tapi sumbangan UMNO tak sampai tangan, tengah jalan sudah dirampas oleh UMNO.

7) Kalau Suara Perkasa rugi, gulung tikar malulah Melayu?
Jawapan : Ini bukan soal malu tak malu, tapi soal kebangsaan Melayu, Melayu dengan akbar pun serupa. Hilang Perkasa ada lagi Utusan Meloya, Berita Hairan, Melayu masih hidup.

8) Adakah kelemahan Melayu dalam bidang perniagaan?
Jawapan : Ya memang tidak dinafikan, Tapi kami hanya pandai dalam pejuangan politik dan Islam Khasnya ketuanan Melayu. 30 %

Kesimpulannya, Melayu tipu melayu adalah konsep pemerintahan UMNO. suara Perkasa cuma untuk test market menguku sejauhmanakah Perkasa dapat berdikari di arena poliik Malaysia. Perkasa cumalah banyangan UMNO untuk menakut nakutkan kaum minoriti di Malaysia, tapi pejuangan mereka hanyalah jaga poke sendiri.

No comments:

Post a Comment