Oleh Barisan Pendekar Melayu Haprak
Ada orang kat malaysia ni bangga betul dia Islam, tapi bila kita cerita perkembangan kat Sweden, Holland atau mana-mana negara lain.. tok-tok lebai, atau manusia melayu ni ungkit tu negara orang bukan Islam, diorang suma muinum, main judi, zina, gay dll...
itu bukan yang kita nak sampaikan. kenapa mereka(negara barat) dari sudut antara manusia sesama manusia lebih MANUSIA dari orang Islam kat malaysia atau mana-mana negara Islam kat dunia ni?tolak ketepi minum arak ka, makan babi ka, gay ka. kalau dari satu sudut kemanusiaan, orang-orang negara barat ni jauh lebih ISLAM dari orang Islam di negara ISLAM...
soalan dia kat sini.. berapa ramai yang beragama Islam yang hidup ni boleh berfikir? sampaikan Allah S.W.T. terpaksa jadikan Ihsan(sense of humanity) orang bukan Islam sebagai contoh kepada umat Islam yang konon nya ada Islam, Imaan dan Ihsan?
ini satu tamparan hebat kepada Umat Islam.. kalau masih buta jugak, masih nak bangga konon nya dia lebih baik dari orang bukan Islam.. tak tahulah... jadi pertanyaannya adalah :
"Berapa ramai yang beragama Islam yang hidup ni boleh berfikir? sampaikan Allah S.W.T. terpaksa jadikan Ihsan(sense of humanity) orang bukan Islam sebagai contoh kepada umat Islam yang konon nya ada Islam, Imaan dan Ihsan?"
kebanyakan tok lebai dan orang Islam kat negara ISLAM mengaku ISLAM siap baca al-Quran hari hari ni masih gagal nak nampak persefahaman antara manusia sesama manusia. sedangkan dah ada penekanan dalam pasal ihsan. bukan kerja nampak orang pegi party dia cakap taubat laa. tapi bila hal judi, ISA, rasuah dia diam tutup mulut.
Sebab pokok dia suma pon baca Al-Quran tapi tak meng-kaji Al-Quran. jadi laa buta macam kempen mari membaca Al-Quran anjuran marina mahathir.. sampai sekarang pon buta Islam..ama sahaja ISLAM tapi antara manusia ngan manusia dah tak Islam... jadi jangan belagak ISLAM. bukan Islam yang perlu dipersalahkan.. tapi fascist yang jual nama Islam yang patut dipersalahkan dengan kata lain diorang ni Munafiq!
Lagi satu masalah manusia melayu.. cepat melenting nampak orang bukak ayat Al-Quran dia kata kita orang melayu Islam kolot, kuno, orthodox dll..gagal laa jadi manusia abad 21 yang modern dan boleh berfikir..
Mereka ni dah kene racun dengan tok-tok lebai melayu bertaraf jabatan agama tempatan.. jadi Islam yang dia nampak hanya puasa, tauba(t) dan sola(t)
Sunday, June 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment