Wednesday, June 23, 2010

Abu Bakar Bashir Puji Dr Mahathir, Kritik PAS dan Anwar


Oleh Admin

PAS tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan. Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membidas Regim Syaitan-Zionis BN/Umno kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.
Katanya, Regim Syaitan-Zionis BN/Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama Pakatan Rakyat, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Dalam perkembangan yang lain, Ulama kontroversial Indonesia Abu Bakar Bashir (gambar atas) pula telah memuji mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dam mengkritik Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan PAS. Abu Bakar Bashir memuji Dr Mahathir satu-satunya pemimpin dari negara Islam yang berani dan lantang bersuara . Kata Abu Bakar Bashir Satu-satunya pemimpin Islam yang masih ada semangat juang ialah bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, yang telah menyarankan agar memboikot matawang US dan matawang negara barat. Benar apa yang dia katakan, iaitu negara-negara Islam sepatutnya tidak menggunakan matawang US dan berurusniaga dengan
matawang sendiri. Kenapa kita perlu guna matawang US apabila kita berurusniaga sesama kita ? Walaupun Mahathir tidak secara terbuka menyatakan jihad,
setidak-tidaknya dia telah memperkatakan sesuatu. Ini apa yang sekurang-kurangnya kita patut lakukan. Tetapi pemimpin OIC tidak boleh menerima cadangan Mahathir, tapi mereka masih bercakap mengenai kehormatan dan kedaulatan. Apa lagi kehormatan yang kita ada, jika tiada sesiapa yang mendengar cakap kita ?

Mengenai Anwar Ibrahim pula Abu Bakar Bashir mengkritik : Anwar ialah seorang yang tidak memahami Islam sepenuhnya. Macamana dia boleh bercakap mengenai
dailog dengan Amerika dan Barat ? Dailog apa ? Dengan mereka yang membunuh orang-orang Islam ? Anwar silap akan pandangannya terhadap Barat dan Yahudi. Orang Yahudi tidak boleh dipercayai, sepertimana disebut dalam Al Quran. Pada ketika ini Amerika hanyalah sebagai keldai tunggangan Israel.

Menyentuh mengenai PAS beliau mengkritik : Kemenangan Islam hanyalah melalui dakwah dan jihad, bukan pilihanraya. Itu sebabnya parti Islam dijalan yang salah, termasuklah yang terbaik seperti Partai Keadilan Sejahtera (PKS) (di Indonesia) dan PAS (di Malaysia). Ini jelas menunjukkan bahawa PAS ataupun pemimpin mereka tidak mempunyai sebarang talian dengan JI. Kalau nampak cakap pasal 'Prime Suspect' disini pastilah Mahathir Mohamed yang dipuji Abubakar Bashir sendiri.

Dapatkan temubual sepenuhnya di
http://english.aljazeera.net/NR/exeres/C46DA5C1-D200-48E6-8B 24-76EE739EC243,frameless.htm

No comments:

Post a Comment