Monday, December 20, 2010

PM rai 200,000 jemaah tabligh




NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin

--------------------------------------------------------------------------------



NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini.

''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.

Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.


SEDIKIT TEGURAN :

sememangnya tidaklah salah jika memberi peluang PM berucap di mimbar ijtimak tabligh , dengan ini semoga dia dapat terkesan atas layanan orang tabligh dan cenderung kearah agama . namun dari sudut lainnya apakah presepsi orang-orang PAS yang tidak setuju dengan PM yang beredologi sekular itu? sememangnya orang tabligh keluar dari gelanggang politik semata - mata mahu menyatukan umat kearah kebaikan sama ada dari umno atau pas dan selainnya.mungkin ada segelintir orang mengatakan bahawa JT pro UMNO .dengan ini mungkin kebanyakan ahli PAS akan menolak JT. sepatutnya JT perlu memberi peluang kepada pemimpin PAS untuk berucap di pentas JT , tidak semestinya mereka perlu berceramah politik .kebanyakan pemimpin PAS dari golongan ulama , mereka boleh memberi nasihat dan sebagainya dan ini adalah salah satu cara untuk menarik ulama dalam JT.apa yang aku lihat kelemahan JT di malaysia ialah kurang memberi perhatian terhadap ulamak dan ustaz sedangkan apa yang aku dengar dari pemimpin JT di india seperti Maulana Saad beliau sangat menekankan agar sentiasa mendampingi ulamak dan memuliakan(ikram ) mereka .lihatlah syura malaysia berapa kerat ustaz yang diberi mandat..

fikir-fikirlah JT...

No comments:

Post a Comment