Tuesday, December 21, 2010

Menteri jaga agama pun flip flop

Oleh Anak Mami

Malaysia tetap hormati ajaran syiah negara lain – Jamil Khir
19/12/2010 5:07pm

YAN 19 Dis. – Malaysia sentiasa terbuka dalam hubungan diplomatik dan mengiktiraf fahaman syiah yang diamalkan oleh negara-negara Arab seperti Iran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap mengharamkan fahaman syiah diamalkan di negara ini ekoran terdapat beberapa faktor yang boleh mengelirukan orang Islam dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia.

"Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq.

"Kita tidak menyekat masyarakat di negara ini mengamalkan amalan Syiah tetapi kerajaan tidak membenarkan penyebaran ajaran Syiah ini dibuat ekoran terdapat beberapa dakyah songsang yang boleh menggugat keharmonian umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini hari ini.

Khamis lalu, Jabatan Agama Islam SelangorTanyalah penganut (JAIS) menahan 200 pengikut ajaran syiah dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves apabila dikatakan terpesong dan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal untuk dibunuh. – Bernama
==========

macam mana nak jaga rakyat supaya jangan keliru kalau menteri sendiri yg jaga agama pun keliru,cuba baca yg aku boldkan itu. sekejap cakap kerajaan haramkan ajaran syiah sekejap cakap tak sekat tapi 200 orang dah kena tahan ... haiya haiya.. ini macam punya orang pun boleh jadi mentri ooo

-Ini macam Melayu Islam yang rasuah lebih baik dari penganut Syiah?? Sebab Melayu Islam - ala UMNO itu ada lesen ke syurga, UMNO adalah agen Allah yang menentukan betul salah dalam amalan Syiah.

- Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia lebih power sebab boeh menjemal jadi Ahli Sunnah Wal Rasuah, Kah kah kah ...

- Tanya lah penganut Syiah, adakah mereka buang anak tepi jalan? tapi Melayu Islam Sunnah Wal Rasuah boleh menghalalkan segala janji dibayar cash. - Tak caya tanya mufti Perak. Kah Kah Kah..

No comments:

Post a Comment