Showing posts with label KHABAR JEMAAH TABLIGH. Show all posts
Showing posts with label KHABAR JEMAAH TABLIGH. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Kisah Benar : Mayat Seorang Pendakwah Tidak Reput


Karguzari (laporan) ini seperti yang diceritakan oleh Hj.Musa. Jenazah da'ie Allah ini adalah salah satu daripada jenazah-jenazah yang telah dipindahkan setelah mendapat kebenaran daripada tuan mufti atas permintaan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha pembinaan landasan keretapi laju Utara-Kuala Lumpur.

( gambar hiasan )


Hj.Musa menceritakan;


❝ Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun di depan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid di dunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan, kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun di depan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun sudah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.


Inilah kisah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama. Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Jun, 2010 yang lepas.


Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipeesetujui bersama. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai atau tasik, maka akan dibinakan jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi sebaliknya akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong. Pendek kata, apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya, ia tidak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga, apa sahaja halangan datang.. jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan tanah perkuburan. Kubur ini akan dipindahkan ke tempat yang baru. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan. Mufti mengarahkan untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan dipindahkan. Seluruh kawasan di kelilingi dengan pembatas dan dikawal oleh anggota polis. Hanya orang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.


Tersebut kisah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang terdekat dan dia telah memohon kepada mufti supaya warisnya diganti dengan sahabat baik suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat suaminya ini memang baik dengan allahyarham semasa dia sihat atau sakit dan bila meninggal dunia, dialah juga yang mengurus jenazah suaminya. Mendengar rayuan ini, mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, allahyarham dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek, alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila melihat kain kafan yang menutup allahyarham masih elok, tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazahnya, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baru dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan, tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum. Selepas peristiwa ini, sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.

Berbalik kepada kisah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sihat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”


Allahyarham dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan. Allahyarham di jabatan atau pejabatnya memanglah seorang yang dikenali di semua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah, suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang. Tetapi masa itu allahyarham masih tidak menumpukan kepada amal-amal agama. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula mengikuti dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali. Dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat nasuha. Semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin, inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang diredhai oleh Allah swt. Kemudian dia mengambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari walau pun dalam keadaan isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar khuruj berdakwah. Selepas beberapa tahun berikutnya, dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

Setelah pulang dari khuruj 4 bulan, allahyarham telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya dengan alasan yang tidak munasabah. Tetapi allahyarham redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk membela diri. Allahyarham mencari rezeki, memelihara anak dan isterinya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan, berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Usaha dakwah tidak ditinggalkanya, terus aktif membuat usaha di kampungnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehinggalah satu masa ketika allahyarham dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina. “Hai awak sudah jadi ustaz kah sekarang?” Dengan penuh kegembiraaan, allahyarham menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu. Mereka saling bertanya khabar dan setelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah kepada allahyarham. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya, tetapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu jugalah kawan cina ini menghulurkan kepadanya duit sebanyak RM2000. Diringkaskan cerita, kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh allahyarham.Beliau telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerja/ jawatannya pula disambungkan semula. Dengan wang tersebut, allahyarham telah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji bersama isterinya. Selang beberapa lama, Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang, Allah juga yang menentukan semuanya dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, allayarham telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin, amiin.

Kita yang hidup ini, masih belum tahu nasib kita bagaimana. Adakah akhir kalam kita dalam keadaan husnul khotimah? Oleh itu, marilah kita terus berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita mengikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh Nabi saw. ❞


Karguzari bersumber daripada Hj.Musa di caponenkolakedah.blogspot.com. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Wallahu a'lam.


Karguzari yang masih tersemat dalam ingatan, adalah berkenaan salah seorang jemaah 4 bulan tempatan yang meninggal dunia di moharlah, matinya dalam keadaan posisi tidur sunnah, tasbih ditangan dan setelah allahyarham berqiamullail. Akan berkongsi karguzari ini di kemudian hari, Insya'Allah.

Tuesday, May 10, 2011

Sapa Kata Jemaah Tabligh Sesat ? Jangan Tengok Perangai Sesetengah Ahlinya , Lihatlah Konsep Perjuangannya , Baru Adil....!


JT atau jama'ah Tabligh diasaskan oleh Mawlana Muhammad Ilyas (lahir 1885M di Kandhala India) pada tahun 1930 di Meerut dan kemudian ibu pejabat JT sekarang ialah di Nizamudin, India. Sekarang gerakan JT dipimpin oleh anaknya Mawlana Muhammad Yusof alKandhalawy dan mempunyai pengikut yg ramai di seluruh dunia termasuk USA dan EU. Ijtima' (atau perhimpunan tahunan) di Raiwand Pakistan adalah perhimpunan JT yg terbesar selepas selepas perhimpunan Haji di Mekah. Ijtima' di India dan Bangladesh juga adalah besar sekali.

Konsep asal gerakan JT menurut Mawlana Ilyas adalah amat mudah, iaitu membantu golongan Mewatis (peladang miskin India) yg hidup bersama-sama masyarakat Hindu dan masih mengamalkan banyak amalan dan adat Hindu dalam kehidupan harian. Peranan gerakan Islam & politik diambil alih oleh Mawlana Maudoodi yg menubuhkan Gerakan Jama'at-e-Islami yg akhirnya berjaya menubuhkan Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangla).

Jemaah Tabligh merupakan salah satu jemaah yang giat melakukan dawah dalam menegakkan syiar Islam. Sepertimana gerakan lain, JT juga mempunyai ideologi atau konsep dakwah mereka tersendiri. Di antaranya tidak melibatkan diri secara langsung dengan politik. Mereka lebih menumpukan kepada dakwah dalam mengajak orang ramai ke jalan Allah seperti solat berjemaah, meninggalkan kemungkaran dan lain2. Mereka tidak malu untuk berjalan dikalangan manusia dan ke rumah2 dalam mengerjakan dakwah mereka. Berkat dari usaha mereka telah ramai yang tertarik kepada dakwah mereka. Apatah lagi mereka yang tertarik itu, sebelum ini bergelumang dengan dosa2. Banyak juga ahli2 mereka ini terdiri dari banduan yang telah insaf. Alhamdulillah dgn dakwah JT ini, wujudlah satu kelompok manusia yang insaf dan bertaubat.

Namun tidak dinafikan terdapat beberapa kesilapan yang berada di dalam JT sehinggkan terdapat fatwa2 oleh ulama yang tegas mengharamkan terus JT ini. Ada beberapa majlis agama tempatan spt Melaka yg mengharamkannya, manakala pejabat Mufti Perlis telah mengeluarkan kenyataan yg keras terhadap dakwah JT. Bahkan ada yang menggolongkan mereka di kalangan 72 golongan yang sesat seperti di dalam hadis:

Mengapakah mereka mengatakan demikian. Golongan2 yang mengharamkan Jt ini adalah kerana beberapa sebab yang dilakukan oleh sesetengah ahli JT, antaranya:

1) Pengamalan bidah yang banyak di kalangan mereka

2) Pengamalan hadis dhaif yang banyak.

3) Sikap sesetengah dari JT yang taksub kepada ketua mereka

4) Sikap sesetengah mereka umpama mementingkan India lebih dari Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Tetapi harus di ingat bukanlah semua ulama atau jabatan fatwa mengatakan JT ini haram. Mereka tidak menjatuhkan hukum ke atas JT ini sebagaimana sesetengah golongan yang tanpa tolak ansur mengharamkan JT ini. Syeikh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya mengenai jamaah2 Islam yg ada skrg ini. Beliau menjawab, jika ia menepati al-Quran dan al-Sunnah maka kita hendaklah membantunya. Manakala jika ia menyalahi keduanya spt mengandungi ajaran dan amalan bid'ah dsbnya, maka ia wajib dijauhi. Tidak kira samada ia ikhwan, jamaah tabligh dsbnya

Namun begitu mereka sepakat akan kewujudan perkara-perkara yang tidak menurut hukum syara yang sebenarnya. Walaupun begitu mereka hanya berkata tidak salah sekiranya mengikuti JT ini sekiranya kita mempunyai ilmu Islam yang cukup. Kerana dengan ilmu itu kita dapat menepis perkara yang salah dan seterusnya mengajar mereka yang lain. Mereka juga menghormati usaha JT ini dan bersyukur akan kewujudan JT ini yang telah banyak berjasa kepada Islam sehinggakan mereka berjaya menarik ramai orang yang bukan Islam untuk memasuki agama Allah yakni Islam yang suci ini.

Pada pendapat kami, tidaklah kami katakan JT ini sebagai satu jemaah yang nyata sesat. Bahkan kami menghargai usaha mereka. Kami juga tidak melarang sesiapa yang ingin menurut serta mereka dalam berdakwah. Namun begitu, ilmu adalah sangat penting. Kita tidak boleh beramal tanpa ilmu kerana itu adalah merbahaya. Oleh yang demikian, dalam usaha berdakwah bersama JT, rujuklah kepada mereka yang berilmu berkaitan amalan2 JT. Ketahuilah juga hadis dhaif dan maudhu tidak boleh di ambil mudah. Sekian.

sumber : keunggulanislam

Wednesday, March 30, 2011

Tidak ada alasan bagimu meninggalkan dakwah


Sesungguhnya setiap muslim adalah da’ie! dipunaknya terpikul tugas amar ma’ruf nahi mungkar! Andai tidak mampu berdakwah melalui perucapan, berdakwahlah melalui penulisan kerana tidak ada alasan untukmu meninggalkan dakwah. Ya tidak tidak ada alasan saudaraku.

Tahukah engkau kelebihan utama mengapa perlu berdakwah?..andainya engkau tahu, tentu tidak ada lagi alasan untukmu menidakkannya..



Kelebihan berdakwah:

1.Besarnya pahala seorang da’ie
2.Semua manusia menantikan dakwah kita
3.Rahsia yang tidak kita ketahui, dakwah memanjangkan usia
4.Musuh-musuh ALLAH sentiasa menyerang kita

Ganjaran hebat berupa pahala besar buat para da’ie. “Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja, hingga dengan perjuanganmu itu, dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqomah didalamnya. Yakinlah sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam, engkau makan di saat dia berpuasa, engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji, dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan ALLAH, pahalanya tetap akan mengalir untukmu, setara dengan pahalanya, tanpa dikurangi sedikitpun. Bagaimana jika engkau berjaya membimbing manusia lebih dari seorang? Bagaimana pula jika engkau Berjaya membina manusia lebih dari sepuluh? Sungguh, engkau akan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda”

Dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka itu sedikit pun”

Jelas, betapa lumayannya ganjaran bagi mereka yang menyeru orang lain ke arah kebaikan, amal ma’ruf nahi mungkar. Dengan izin ALLAH, jika kita ikhlas berbuat kerana ALLAH, pasti ganjaran di sisi ALLAH itu jauh lebih dari apa yang dapat kita bayangkan.

Amat rugilah bagi mereka yang ligat memberikan alasan untuk tidak berdakwah. Ramai memberi alasan dengan menyatakan bahawa ilmu masih tidak cukup, masih tidak bersedia dan belum mampu.. kenapa tidak kita usahakan untuk itu?..disamping memenuhi keperluan duniawi, kenapa tidak kita turut sama mencari bekalan untuk akhirat kita?..bukankah dunia ini kita akan tinggalkan? Dan akhirat itu suatu yang kekal abadi?

Tidak kurang juga, ada yang memberikan alasan bahawa umat Islam sentiasa dalam kebaikan, jadi tidak perlulah untuk kita berdakwah. Malah yang paling mengecewakan adalah bagi mereka yang sibuk memikirkan masa depan, perut sendiri dan anak isteri sahaja. Alasan-alasan inilah yang selalu menyebabkan seseorang berpaling dari kewajipan berdakwah… subahanallah..

Jangan tunggu lagi…

“kita bukan menunggu peluang tetapi kita perlu mencari peluang’

Kita sebenarnya punyai banyak peluang. Peluang untuk Berjaya, berubah kearah yang lebih baik atau peluang untuk berdakwa! Namun kadang-kadang kita mengsia-siakannya seakan-akan kita yakin bahawa kita akan dapat peluang itu kembali. Seakan-akan kita pasti masa itu akan berpusing semula. Tidak sama sekali! Carilah ia. Peluang itu tidak akan datang, jika kita tidak berusaha mencarinya. Peluang itu terbuka luas.

Tidak kira siapapun anda atau apapun pekerjaan anda. Samada anda adalah pelajar, guru, doktor, pensyarah, akauntan atau meskipun pekerja bawahan. Kerana kita ini dilahirkan dengan satu tujuan dan masing-masing akan berbuat kearah menuju tujuan itu dalam pelbagai cara. Tujuan untuk mencapai kehidupan dalam rangka redha ALLAH. Menjadikan semua amalan kita sebagai ibadah. Ingat! Kita bukan diciptakan untuk sia-sia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Mu’minun(23): 114-115

“kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui.” Maka apakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?

Apabila dikatakan tujuan, ia mestilah terletak pada peranan dan tanggungjawab. Samada melakukan amanah yang diberikan oleh ALLAH atau mengabaikan sahaja amanah itu seperti menidakkan itu adalah tugas anda? Seperti anda mengkhianatinya. Marilah menganalisa diri. Sejauh mana kita menggunakan semaksimum mungkin peluang yang kita ada seperti pangkat, harta, masa atau segala-galanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab itu. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ALLAH!

Amanah tetap amanah. Jika mungkiri, pembalasan itu akan diterima. Samada di dunia atau akhirat kelak. Samada hukuman penjara atau hukuman neraka. Itulah hakikatnya. Tidak boleh dikhianati

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu khianati ALLAH dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui. (surah Al-Anfaal(8):27)

Diagnosis diri anda. Peluang ada di hadapan mata. Di mana-mana.

Ledakan Mujahidah:

Semoga semangat kita mampu tumbuh untuk mula berdakwah. Bagi yang baru mula mengorak langkah, selamat berdakwah. Dan bagi yang sudah lama, marilah sama-sama kita menyegarkan kembali semangat untuk terus berdakwah.

dipetik dari : sadiqahmujahadah

Thursday, March 10, 2011

Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tonggi,Bangladesh 2010.


Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tonggi,dhaka,Bangladesh 2010.
Assalamualaikum..di sini ku meletakkan bayan-bayan satu pada setiap post,jadi ia akan bersambung..

Untuk permulaan ni,,ku lampirkan:

petikan ringkasan bayan maghrib
oleh Maulana Ahmed Lat An-Nadwi
Bertarikh 21 januari 2010.

Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..
Apabila dalam diri kita ada iman,kita akan tahu apa itu batil dan apa itu hak dan ia menggerakkan hati kita untuk bertaubat daripada segala kemungkaran.Dengan itu akan datang kebenaran.Untuk membezakan yang baik dan yang buruk pun perlu ada iman. Kalau ada iman dalam hati kita akan sentiasa ingin membuat kebaikan. Pada hari ini,kita kurang bercakap tentang kebesaran Allah,kita banyak bercakap tentang Ghairullah. Sesungguhnya Allah akan membuat sesuatu dengan kudratNya, Allah S.W.T memeberi kemuliaan dan kehinaan dengan kudratNya. Allah tidak bergantung kepada mana-mana kuasa,tidak bergantung kepada apa rupa bentuk pun, Allah jadikan semuanya dengan kehendakNya.Walaupun langit menjadi emas,gunung menjadi tembaga,setitik air pun tidak ada,satu pokok tidak tumbuh,kita masih perlu yakin bahawa Allah S.W.T berkuasa memberi rezeki kepada semua mahluknya. Apa yang berlaku antara langit dan bumi dari dahulu hingga ke hari ini semuanya Allah telah beritahu dalam Quran,dan apa yang berlaku di dunia sekarang in ip un ada diberitahu dalam quran.Dalam al-Quran telah diberitahu bahawa semua manusia samada dari kampung,dari Bandar,dari benua,semuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa. Bagi mereka yang beriman dan taqwa Allah akan buka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Siapakah yang lebih benar daripada Allah? Jika kita percaya maka kita beriman, jika kita tidak percaya maka kita tidak ada iman.

Seluruh dunia hari ini dalam kebimbangan. Nyawa tidak selamat,kehormatan tidak selamat. Jika semua manusia hidup dlama beriman,hakikat iman akan wujud,kehidupan menajdi aman dan dunia akan menjadi seperti syurga kerana di dalma syurga tidak ada satu nyawa pun dlaam bahaya,keselamatan dan kehormatan tidak dalam bahaya.hidup dengan penuh kasih sayang.inilah yang perlu kita usahakan.

Hakkikat iman jika masuk dalam hati kita ilaah setiap anggota kita beriman,maka kita beriman,telinga kita beriman,muut kita beriman,malah roh kita juga beriman.muamalat kita beriman,muasyarah kita berman,dan akhlak kita juga beriman.bila datang iman,ribuna kebaikan akan datang.semoga Allah beri kita iman. Iman tidak datang dengan hanya bercakap dan dengar tetapi iman akan masuk ke dalam hati dengan susah payah dan berkorban bergerak di jalan Allah.bila semua orang ada iman yang teguh di dalam hati,hidup akan berkasih sayang antara satu sama lain. Mahkamah tidak diperlukan lagi kerana dalam al-Quran telah dinyatakan semua penyelesaian dalam semua masalah.manusia ada masalah tentang rezeki perlu rujuk pada Quran. Kalau inginkan kejayaan,maka bawalah kehidupan kamu dengan iman.kalau kamu peniaga,,ini cara perniagaan,kalau kamu petani,ini cara pertanian.kalau kamu kaya,itu datang dari Allah,dan akalu kamu miskin jugai tu datang dari Allah,walau apa pun keadaan,lelaki,wanita,kanak-kanak,orang tua,orang muda,semua orang perlukan iman dan hidayat.

Apakah hidayat ?hidayat adalah nur dlam hati.sepertimana cahaya matahari,cahaya lampu,cahaya bulan,dan cahaya daripada mata/pandangan manusia.dia akan nampak segala kebaikan dan keburukan.dengan cahay,nur dalam hati manusia akan tahu mana yang baik dan mana yang buruk.atau salah.dengan melakukan amalan yang Allah redha dan amalan yang mana Allah akan murka.dengan amalan ini akan memberi kesan pada rezeki,kepada kehidupan. Dengan nur hidayat manusia akan nampak kesan setiap perbuatan manusia. Dalam Quran ada menyebutkan,kalau kamu mahu hidayat,kamu datang kepada 3 asas:



i. Imanbil ghaib ( Allah beritahu berulang kali dalam Quran).Apa yang kamu Nampak dengan mata kamu seperti bumi itu besar,matahari besar,bulan besar, lautan yang begitu hebat,timbunan emas,perak semua yang kita Nampak,semua itu adalah tipu daya. Hakikatnya ialah perkara yang kamu tidak Nampak.Nabi S.A.W telah beritahu kita berulang-ulang kali, “wahai manusia,jika kamu mahu kejayaan,mahu jaan yang benar,kalau kamu mahu hidayat,tahu membezakan baik dan buruk,apa kebaikan jikak mau amanah,apa kerugian kamu jika kamu khianat,apa munafaat jika kamu tunaikan hak.kaalau kamu ikut jalan ini,kamu akan Berjaya.”semua mahluk dalam genggaman Allah, segalanya Allah yang cipta,kitap erlu yakin dengan Allah walaupun kita tidak Nampak Allah, walaupun ktia tidak Nampak malaikat,zab dalam kubur,nabi-nabi,rasul-rasul, tetapi ktia yakin semua itu dalah benar.syurga itu benar,neraka itu benar,apahala benar,hari kiaamat dalah benar,.”wahai manusia takutlah kamu kepada Rabb kamu kerana hari kiamat itu hari yang sangat dahsyat,semua ciptaan Allah akan hancur,hanya zat Allah akan kekal.

Bagaiman kita boleh yakin dengan apa yang kita Nampak,begitu juga kita Perlu yakin dengan apa yang diberitahu Allah dan Rasulullah walaupun kita tidak Nampak.Inilah sifat sahabat yang utama dimana kita jadikan contoh siffat sahabat,-sahabat ini dalam kehidupan kita. Para sahabat hati mereka bersih,suci,kehidupan mereka amat mudah dan sederhana,pandangan mereka sentiasa kepada Allah sebab itu rahmat sentiasa turun pada mereka.mekera kata,mereka belajar iman dahulu kemudian baharu belajar al-Quran, untuk mendapat yakin ini kita perlu cakap lagi dan lagi tentang perkara-perkara ghaib ini,tentang kebesaran Allah ,tentang sifat-sifat Allah, sehingga ia meresap dalam hati kita sehingga kita betul-betul yakin dengan perkara-perkara ini melebihi daripada apa yang kita yakin perkara yag kita lihat,kadang-kadang apa yang kita lihat, pun tidak betul tetapi apa yang diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Quran dan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W adalah benar,dan pasti benar,sedikit pun tidka ada syak.


Untuk jaga iman,hati jangan buta.hati ini tersembunyi di dalam tubuh kita,bila hati kita menjadi buta maka kita tidak kenal mana yang baik dan mana yang buruk. Bila hati buta,amalan menajdi buruk,kehidupan kita berlawanan dengan syariat.apa yang kita lakukan mengikut kehendak nafsu kita.jika perkara ini berlaku kemampuna kita untuk menerima segalak ebaikan amat sukar,suka menipu,merampas hak orang lain,hati menjadi begitu gelap.tidak mahu menerima firman-firman Allah dan sabdaan Nabi .S.A.W.manusia jadi syirik. Allah boleh mengampunkan semua dosa kecuali syirik. Untuk jaga iman,kita perlu usaha, cakap tentang kebesaran Allah,kekuasaan Allah,kudrat Allah, sifat-sifat Allah lagi dan lagi. Semua benda yang kita lihat akan berubah tetapi perkataan Allah tidak akan berubah.kita perlu bina iman yang mantap yang tidak ada sedikit pun walau sebesar zarah syirik kepada Allah. Allah yabg buat segala-galanya.mulut bercakap Allah yang buat,telinga mendengar Allah yang buat,dan segalanya tentang kehidupan kita.Selain daripada Allah tidak boleh berbuat apa-apa.

Inilah sebahagian daripada iman,binalah iman supaya keamanan wujud di dunia ini. Untuk dapatkan kejayaan tidak ada jalan lain melainkan IMAN. Untuk dapat keamanan,,hanya dengan iman dalam hati.samada Allah redha atau murka dengan kehidupan manusia di dunia ini,kita dapat ihat. Bila Allah murka,akan berlaku pelbagai kerosakan,kampung-kampung, Bandar-bandara akan rosak.,berlaku pergaduhan,perpecahan,berlaku kebuluran,kemiskinan. Bila Allah redha maka akan wujud kasih –sayang,keamanan,kemakmuran,barang-barang makanan mencukupi,tidka berlaku fitnah-memfitnah,kehidupan manusia mengikut sunnah Nabi S.A.W.
Siapa yang boleh selamat dari ketentuan Allah? Firaun bunuh semua bayi yang lahir kerana takut kekuasaannya dirampas tetapi dengan kehendak Allah,Nabi Musa yang baru lahir disembunyikan dalam istana firaun. Allah memberitahu ibu Nabi Musa yakinlah dengan janji-janji Allah. Dengan iman yang ada pada Nabi Musa,firaun pun merasa takut tetapi isterinya Asiah oleh kerana ia ada iman,ia tidak merasa gementar. Oleh itu ,binalah iman,binalah taqwa untuk kejayaan,keselamatan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Dengan iman dan amal yang osleh, Allah akan beri kejayaan.yakinlah dengan janji-janji Allah. Dengan iman semua masalah boleh diselesaikan. Semoga Allah beri saya dan tuan-tuan kefahaman.


Sahabat sentiasa menjaga iman dengan selalu mendakwahkan Lailahaillallah dan hidup mengikut syariat Nabi S.A.W.segala yang berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. air pasang dan surut bukan dengan kehendaknya sendiri tetapi dengan perintah Allah S.W.T.begitu juga dengan air yang mengalir,mengalir bukan disebabkan tarikan gravity bumi tetapi dengan perintah Allah S.W.T.Iman Sahabat R.Anhum seratus peratus yakin pada Allah. Umar R.Anhu amat takut dengan Allah S.W.T sehingga nabi pernah berkata kalau ada nabi selepas aku, umar R.Anhu layak menajdi Nabi. Sahabat apabila membuat kesilapan,segera mohon ampun dengan Allah,mereka sentiasa Ishtigfar,Allah akan selesaikan masalah kita.Nabi S.A.W bersabda,”aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana jika kamu mengamalkannya,kamu tidak akan sesat iaitu jalan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Kita perlu sebarkan kalimah ini ke seluruh alam.apa yang kita Nampak,kita perlu masukkan di dalam hati,”sesungguhnya semuanya itu Allah memebuatnya.”segala masalah hanya dapat dieselsaikan dengan iman.segala masalah yang datang hanya diselesaikan oleh Allah.Allah Maha Besar.mereka berjuang di jalan Allah.segala-galanya kerana Allah. ,mereka yakin dengan membantu agama Allah,Allah akan membantu mereka.yang member manfaat dan mudarat adalah dari Allah. Yang telah rosak,boleh dibinamyang dibina bolejh jadi rosak.semuanya adalah ketentuan Allah. Mereka yakin jika keyakinan mereka rosak,mereka akan terputus dari bantuan Allah.
Iman akan mejadi mantap dengan membuat kerjaNabi,bergerak di jalan Allah S.W.Tpergi dari rumah ke rumah,pintu kep into,kampung ke kampung,Bandar ke Bandar,bergerak ke seluruh dunia bercakap kebenaran iman.bila iman datang dalam diri,Allah akan wujudkan kasih saying,Allah akan turunkan bantuan.

ii. Selepas iman,perintah Allah yang utama ialah solat.Bagaimana dalam solat
kita taat perintah Allah begitu juga di luar solat,kita 24 jam taat dengan perintah Allah S.W.T.

iii. Selepas iman dan amal ialah akhirat.untuk kita ke syurga,asasnya ialah iman dan amal.iman dibina dan amal kehidupan cara Nabi S.A.W,maka akan trbina kehidupan akhira.Sahabat setiap mereka lakukan adalah untuk membina kehidupan akhirat mereka,Shaahbat R.Anhum telah amalkan seluruh kehidupan Anbi,ibadat Nabi,fikir Nabi, dan kemudian disebarkan ke seluruh alam.itu tanggungjawab mereka.iman dan amal menuju akhirat.

Setiap orang perlu bina iman.setiap orang perlu bina amal dan bawa kedua-dua perkara ini kepada kehidupan akhirat,barulah dapat hidayat. Allah beri kita iman,kita perlu selamatkan iman,dengan kita sebarkan kepada orang lain.Hidupkan masjid dengan amal.semua orang perlu bina akhirat kita dengan sebarkan kepada manusia di seluruh alam.dimana-mana kita pergi kita buat dakwah,insyaAllah.

diambil dari : ghostridermujahid

Biografi Maulana In'aamul Hasan Khandahlawi Rahmatullah Alai`h


Pengaruh Keturunan


1. Orang-orang yang arif pernah menyatakan bahawa apabila Allah Ta'ala menyukai seseorang, Dia menyembunyikan kelebihan-kelebihan orang itu semasa dia hidup

2. Orang-orang yang arif menyatakan bahawa terdapat dua peranan penting terhadap personaliti seseorang.

a. Kerana tradisi dan kelebihan keluarga akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.

b. Nabi Muhammad (saw) dan sekelian para-para anbiya (as) dilahirkan di kalangan salsilah keluarga yang mulia. Hadis Bukhari memberitahu kaisar Rom juga percaya anbiya mesti di kalangan keluarga yang mulia.

4. Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah) telah dianugerahkan kedua-dua martabat ini.

5. Allah Ta'ala telah memilih beliau daripada kalangan keluarga Siddiq, silsilah Hadrat Abu Bakr as Siddiq(ra), teman baik Rasulullah (saw) yang mulia dan dirahmati.

Keterangan Sayyid Abul Hasan an-Nadwi Rahmatullah Alaih

1. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) pernah mengatakan tentang keluarga Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah), termasuk wanita adalah contoh-contoh ketaqwaan dan kesolehan.

2. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) adalah ulama yang ternama dan adalah guru kepada Almarhum Ustadz Fadzil Nor, bekas presiden parti PAS (Parti Islam Semalaysia).

3. Mereka sentiasa sibuk dengan pengabdian, zikir dan tilawah siang dan malam sebagai rutin harian hidup mereka.

4. Di sepanjang bulan Ramadan, suasana di rumah mereka menjadi lebih hebat dengan sepanjang hari, siang dan malam dengan tilawah Quran.

5. Mereka terlalu khusyu' bersolah hingga tidak sedar apa yang berlaku di sekitar rumah mereka. (Kitab Maulana Ilyas dan Da'wah)

Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Hadrat Qazi Ziyaa'uddin Sanami (rah), seorang anak murid Hadrat Khwaaja Nizaamuddin Awliya (rah) adalah moyang kepada Hadratji.

2. Seorang alim yang terkenal dan dihormati oleh ulama dizamannya, yang kaya dengan karomah, ilmu, taqwa dan makrifah; iaitu Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi juga moyang kepada Hadratji.

3. Seorang alim yang besar, Allama Abdul Hakim Sialkoti yang tidak percaya terhadap seorang yang kudus (suci), tetapi berubah pendapat apabila bertemu dengan Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah).

Perjalanan ruhani Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)


1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi telah keluar mencari seorang murshid (pembimbing ruhani), dan bertemu dengan seorang buzrug tasawwuf daripada Qadiriyyah.

2. Beliau amat kagum dengan apa yang telah dia nampak dan dengar.

3. Beliau telah berbai'ah, dan telah menyibukkan diri dengan wirid, wazaa'if, zikir, azkar dan mujahadah.

4. Selepas dua tahun, murshid itu telah menyuruhnya mencari seorang buzrug yang lain.

5. Setelah beberapa lama, buzrug itu memberitahu yang Maulana Muhammad Hakim telah mencapai tahap terakhir di dalam tasawwuf.

6. Beliau telah disuruh agar kembali ke tempat asalnya dan dinasihatkan sama ada dia mengistiharkan tahap keruhaniannya atau menyembunyikan.

a. Jika beliau mengistiharkan tahap keruhaniannya, dia perlu mengambil bai'ah dan memberi pedoman kepada masyarakat di tempat asalnya.

b. Jika beliau menyembunyikan, dia perlu menyibukkan diri dengan mengajar ilmu agama.

7. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi menjawab yang beliau memilih untuk mengabdikan diri kepada ilmu syar'iyyah.

8. Akhirnya buzrug itu telah mendoakan beliau dengan ilmu zahir di dalam syar'iyyah kepada beliau dan keluarganya.

9. Selepas menerima khilafah (pengiktirafan keruhanian), beliau kembali ke tempat asalnya dan telah menyibukkan dirinya di dalam menyampaikan ilmu syar'iyyah kepada masyarakatnya.

Anak-anak Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi mempunyai dua anak lelaki,

a. Maulana Muhammad Shareef yang mengikuti jejak langkah ayahnya di dalam ilmu, fadl dan ma'arif

b. Abdul Muqtadir.

2. Doa murshid itu dibuktikan dengan keelokan peribadi Maulana Muhammad Shareef, dan basyarah untuk keluarganya ini kekal hingga ke hari ini, iaitu generasi yang kesebelas.

3. Insya'Allah ilmu syar'iyyah ini akan kekal di dalam generasi keluarganya hingga ke hari akhir.

Maulana Hakim Muhammad Shareef (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Shareef mempunyai dua anak lelaki,

a. Maulana Muhammad Faiz yang tinggal di Zinzana, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,

i. Maulana Isma'eel Khandlawi

ii. Maulana Muhammad Yahya Kandalwi dan anaknya Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria

iii. Maulana Muhammad Ilyaas dan anaknya Maulana Muhammad Yusuf Kandalwi

b. Maulana Hakim Abdul Qadir yang tinggal di Kandhala, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,

i. Mufti Ilaahi Bakhsh Kandhlawi

ii. Maulana Mufti Muzaffar Husain Kandalwi

iii. Maulana In'aamul Hasan

Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh (rah)

1. Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh, ulama tersohor dizamannya adalah anak murid Shah Abdul Aziz Dehelvi (rah) dan amat gemar menulis.

2. Anaknya-anaknya adalah

a. Noorul Hasan juga seorang alim dan guru kepada Sir Sayyed Ahmed Khan, pengasas kolej Aligarh yang terkenal di India.

b. Zahurul Hasan juga seorang ulama

c. Hakim Riyazul Hasan juga seorang ulama dan pernah belajar hadith daripada Maulana Rashid Ahmed Gangohi (rah).

d. Maulana Ikramul Hasan

Maulana Ikramul Hasan (rah)

1. Maulana Ikramul Hasan adalah anak saudara kepada Maulana Ilyaas (rah) juga seorang ulama dan telah mendapat ijazah B.A. and L.L.B. daripada Aligarh university.

2. Beliau kemudiannya telah berkhidmat di dalam profesion guaman di mahkamah Kerala.

3. Selepas beberapa lama, beliau berhenti dan mulai berkhidmat dengan Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria (rah) di Madrasah Mazahir Ulum.

4. Maulana Muhammad Ilyaas amat menyayangi beliau dan beliau telah berkhidmat untuk Maulana Muhammad Ilyaas (rah) pada detik-detik akhir kehidupannya.

5. Maulana In'aamul Hasan adalah anak beliau.

Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah)

1. Hadrat Moulana In'aamul Hasan Saheb (rah) dilahirkan di pekan Kandhla, daerah Muzaffar Nagar, U.P., India

a. pada 18 Jamadil Akhir 1336, bersamaan

b. 20 Februari 1918.

2. Hafez Mangtu mengajarkan beliau Hifzul Quraan.

3. Beliau mempelajari bahasa Parsi sehingga kepada tahap Bustaan Sheikh Saadi (rah) daripada datuk saudara beliau Abdul Hamid.

4. Pelajaran bahasa Arab daripada tahap Mizan-Munshaeb kepada SharehJami daripada Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) di Nizaamuddin Kaashiful Uloom.


Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah) dan Hadrat Maulana Yusuf (rah)

1. Apabila Muhammad Ilyaas pergi menunaikan fardhu haji pada 1451, beliau dan Maulana Yusuf telah dimasukkan belajar di Madressa Mazaahirul Uloom, Saharanpur.

2. Beliau belajar Hidaya daripada Maulana Zakaria RA. dan Mebzi daripada Maulana Jameel Ahmed Thanvi.

3. Apabila Maulana Ilyaas kembali daripada fardhu haji, Moulana In'aamul Hasan kembali ke Basti Hadrat Nizaamuddin untuk belajar

a. Mishkaat daripada Maulana Ilyaas [rah] dan

b. Jalaalain daripada Moulana Ihtisaamul Hasan Kandhalwi [rah].

4. Beliau dan Maulana Yusuf adalah teman sepengajian.

5. Beliau kembali belajar di Mazzahir Uloom, Saharanpur di mana,

a. Maulana Abdul Latif mengajarnya Bukhari Sharif,

b. Maulana A. Rahmaan Kamilpuri mengajarnya Tirmidhi Sharif,

c. Maulana Manzoor Ahmed mengajarnya Muslim Sharif dan

d. Maulana Muhammad Zakaria mengajarnya Abu Dawood.

6. Mereka berdua bergilir-gilir berjaga malam untuk mentelaah ilmu, selang sehari berjaga malam. (sejarah hidup Hadrat Maulana Yusuf (rah) mukasurat 170, 171).

7. Sebelum beliau menghabiskan pengajiannya, beliau terpaksa meninggalkan Mazaahir Uloom dan kembali ke to Basti Hazrat Nizaamuddeen kerana penyakit yang dialami oleh Maulana Yusuf.

8. Dia mengakhiri pembelajarannya dengan mempelajari,

a. Kitab Ibn Majah daripada Maulana Ilyaas (rah),

b. Kitab Nasa'ee daripada Maulana Ilyaas (rah),

c. Kitab Tahawi daripada Maulana Ilyaas (rah),

d. Mustadrake Haakim (kitab kompilasi Hadith) daripada Maulana Ilyaas (rah).

Perkahwinan Hadrat In'aamul Hasan (rah)

1. Pada 3 Muharram 1354, jalsa (perhimpunan) tahunan Mazaahirul Uloom telah diadakan.

2. Maulana Ilyaas (rah) meluahkan perasaannya kepada Shaikhul Hadith agar pernikahan Moulana Yusuf dan Moulana In'aamul Hasan diadakan pada Jalsa walaupun tiada persediaan

3. Shaikhul Hadith Saheb telah menerima lamaran, dan telah menerangkan hasrat Maulana Ilyaas (rah) kepada isterinya.

4. Pernikahannya adalah,
a. Hadrat In'aamul Hasan (rah) dikahwinkan dengan anak kedua Shaykhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria RA. dan

b. Maulana Yusuf dikahwinkan pula dengan anak pertama Hadrat Shaikhul Hadith.

5. Hadrat Shaikhul Islam Maulana Sayyed Hussain Ahmed Madani (rah) telah menikahi mereka yang kehadiran para-para ulama besar benua Hind

Pemergian untuk Fardhu Haji

1. Maulana In'aamul Hasan (rah) telah melaksanakan fardhu haji daripada Karachi dengan menaiki kapal pada 1356 Hijri bersama,

a. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah)

b. Maulana Yusuf (rah) dan

c. Maulana Ihtisaamul Hasan (rah).

2. Di sepanjang perjalanan, mereka telah melakukan Tabligh.
3. Orang-orang Arab memuji usaha-usaha mereka dan berjanji akan membantu mereka.

4. Mereka mendapat beberapa basyaarat berkenaan dengan kerja Tabligh di dalam perjalanan ini.

5. Selepas kembali ke rumah, Maulana In'aamul Hasan telah jatuh sakit untuk tempoh yang lama dan kembali ke Kandhla sepanjang tempoh sakitnya.

Maulana Muhammad Ilyaas (rah) kembali ke rahmatuLlah

1. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) meninggal dunia pada pagi Khamis 21 Rajab 1363, bersamaan 23 Julai 1944.

2. Dua hari sebelum kewafatannya, dia telah menamakan enam orang yang istimewa untuk menjadi khalifahnya, termasuk Hadrat Maulana In'aamul Hasan.

3. Selepas kewafatan Maulana Muhammad Ilyaas, Maulana Yusuf Saheb telah diputuskan untuk menjadi Amir Jama'ah Tabligh oleh mesyuarat antaranya,

a. Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri,

b. Maulana Fakhruddin Saheb dan

c. Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria.

4. Hadrat Maulana In'aamul Hasan Saheb sentiasa membantu Maulana Yusuf Saheb dan dikenali sebagai orang kanan Maulana Yusuf

5. Beliau telah mengambil tanggungjawab sebagai Mohtamim untuk Madrasah Kaashiful Uloom dan beliau telah mengajar Bukhari Sharif untuk beberapa tahun.

Peribadi Maulana In'aamul Hasan Saheb (rah)

1. Maulana In'aamul Hasan Saheb mempunyai sifat yang suka menyendiri.

2. Beliau menjauhkan diri daripada percakapan yang sia-sia.

3. Beliau tidak akan berjumpa dengan sesiapa kecuali hal-hal yang penting.

4. Beliau amat teliti di dalam rutin hariannya.

5. Apabila perlu, beliau akan menjawab soalan-soalan dengan amat berkesan sekali.

6. Beliau amat berhati-hati dan mengelak daripada sebarang perselisihan

7. Beliau berpakaian bersih dan kemas.

8. Makanan beliau terhad dan sekadar yang perlu sahaja.

9. Beliau banyak menghabiskan dengan membaca.

10. Apabila Hadrat Moulana Yusuf (rah) menulis Hayaatus-Sahaba dan Amanil-Ahbar,

a. Apabila beliau tidak dapat mencari sesuatu, Maulana Abdullah Taariq akan dihantar kepada Maulana In'aamul Hasan

b. Maulana Abdullah Taariq berkata selalunya Maulana In'aamul Hasan akan buka satu buku atau hafalannya dan menunjukkan maklumat yang dicari

c. Beliau akan bangun, mengambil buku daripada almarinya dan membuka lembaran tertentu dan berkata, 'Pergi dan tunjukkan kepada Maulana Yusuf.'

11. Salah seorang daripada Khaadim khasnya memberitahu yang Maulana In'aamul Hasan Saheb mempelajari seluruh jilid kitab "Fatwa Alamgiri" dua kali.

12. Daripada sini kita dapat melihat usaha-usaha beliau yang gigih dan mendalam terhadap ilmu.

13. Beliau telah menulis beberapa nota penerangan di dalam pengkajian kitab "Tarajimul Abwab" daripada Bukhari Sharif.

14. Ini juga menunjukkan keilmuan dan kecenderungan terhadap sunnah-sunnah Nabi Muhammad (saw).

Pemergian Maulana Yusuf Saheb (rah)

1. Maulana Yusuf Saheb (rah) meninggal dunia pada hari jumaat, 29 Zilqaedah 1384, bersamaan 2 April 1965 di Lahore, Pakistan.

2. Maulana In'aamul Hasan Saheb adalah pilihan utama kerana keakrabannya dengan Maulana Yusuf (rah) sejak dari kecil.

3. Maulana In'aamul Hasan Saheb juga seorang Aalim yang mempunyai reputasi dan personaliti yang tinggi.

4. Beliau dianggap seorang yang amanah oleh Maulana Muhammad Ilyaas (rah)

5. Maulana Yusuf (rah) selalu meminta nasihat-nasihat beliau.

6. Hadrat Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria membuat mesyuarat dan memutuskan Maulana In'aamul Hasan sebagai Amir Jama'ah Tablighi sebagai pengganti Maulana Yusuf (rah)

Perlantikan Amir yang baru

1. Moulana Fakhrul Hasan, seorang ustadz Darul Uloom mengistiharkannya perlantikan Maulana In'aamul Hasan Saheb di hadapan ribuan orang.

2. Semuanya berpuas hati dan lega, sambil memberi kepercayaan dan kerjasama.

3. Sejak dari hari itu hingga ke hembusan nafas Maulana In'aamul Hasan yang terakhir selama 31 tahun

4. Beliau telah melaksanakan tugasnya sebagai Amir dengan berpandangan jauh dan dengan penuh keberanian.

5. Di bawah pimpinannya, kerja-kerja Jama'ah Tabligh telah berkembang di seluruh pelosok dunia.

Sikap suka mendiamkan diri

1. Beliau bukan seorang orator (penceramah), tetapi berkata-kata dengan ringkas tetapi padat.

2. Selepas beberapa tahun beliau mulai memberi ceramah yang lebih panjang.

3. Kita perlu faham yang da'wah dan tabligh bukanlah di bawah nama ceramah, bahkan lebih daripada itu.

4. Tetapi apabila ada perhimpunan besar (ijtima), beliau akan memberi panduan yang ringkas tetapi padat dan diakhiri dengan doa oleh beliau sendiri.

5. Beliau mempunyai sifat yang menyendiri dan ini membolehkan beliau untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting.

6. Jika seseorang bertanya sesuatu yang jawapannya boleh menimbulkan fitnah, beliau akan berdiam diri.

7. Sayyidina Umar Ibne-Khattaab (rah), khalifah yang kedua pernah berkata, 'diamkan diri dan musnahkan kebatilan.'

8. Maulana In'aamul Hasan Saheb mahir di dalam seni mendiamkan diri.

9. Disebabkan beliau tidak suka percakapan yang tidak perlu, orang ramai tidak cuba untuk mendampingi beliau, dan ini menjimatkan masa semua orang

10. Beliau mengagihkan kerja dan menghantar orang kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kerja.

11. Dia tidak mengganggu aktiviti yang ditanggungjawabkan kepada orang lain.

Hembusan nafas yang terakhir

1. Beliau jatuh sakit dan berdiam diri di katil pada beberapa tahun akhir hayatnya.

2. Ziarah yang khas dilakukan seminima yang mungkin.

3. Beliau tetap menyelia setiap aktiviti dan memantau setiap ehwal markaz, di dalam atau di luar negara.

4. Pada 10 malam, 9 Jun 1995, beliau, dengan berkerusi roda, telah dihantar ke hospital.

5. Hembusan nafas terakhirnya terhenti pada umur 70 tahun pada hari sabtu 1.25 petang, 10 Muharram 1416H, bersamaan 10 Jun 1995.

6. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Maulana Zubairul Hasan dan seorang anak perempuan.

7. Berita sedih ini telah dimaklumkan ke seluruh dunia sepantas kilat.

8. Solah janazahnya telah diadakan pada 6 petang dengan dihadiri ratusan ribu hadirin, hingga sepanjang jalan menuju ke basti hadrat Nizaamuddin ditutup agar orang dapat turut serta.

9. Janazah beliau telah dihadiri oleh setengah juta hadirin, dengan penuh beradab.

10. Selepas Solah Maghrib, janazah beliau direhatkan di sebelah Hadrat Maulana Yusuf.

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman Bersama Ustaz PAS


Sekitar tahun 1994, pihak pengurusan pejabat tempat aku bekerja mengarahkan aku memerhatikan perjalanan Kursus Khas Untuk Nelayan,di satu tempat di Kuala Terengganu. Satu syarikat di pilih untuk mengendalikan kursus berkenaan. Bila aku sampai di Pusat Latihan berkenaan barulah aku tahu bahawa kursus berkenaan dikendalikan oleh syarikat milik seorang ustaz yang memang terkenal di Lembah Kelang sebagai seorang Penceramah Bebas. Pada ketika itu beliau menyandang Yang DiPertua PAS di satu daerah di Lembah Kelang. Kedatangan aku di sambut baik oleh ustaz beserta beberapa orang temannya yang juga sebagai fasalitator kursus berkenaan. Aku amat memahami kerana ramai teman-teman di pejabat aku adalah penyokong kuat Parti Pas selain itu sebahagian ahli keluarga aku di Kedah pun sememangnya orang kuat parti berkenaan.

Sepanjang perjalanan kursus berkenaan, peserta diterapkan dengan aktiviti kerohanian. Malah setiap peserta diwajibkan untuk solat 5 waktu. Setiap habis Solat Maghrib dan Suboh akan diisi dengan kuliah agama.Sesudah solat akan di isi dengan zikir munajat yang sememangnya terkenal waktu itu. Aku juga tidak ketinggalan diberi beberapa tugas mengendalikan beberapa program yang bersesuaian. Aku melaksanakanya dengan baik alhamdulillah. Sebagaimana biasa aku menjaga amalan infradi dan istimai’ aku di sepanjang masa berada di sana. Setiap petang aku akan berada di satu bangku di tepi padang menghabis zikir petang aku sambil biji tasbih aku sembunyikan di dalam baju. Bukannya apa kadang-kadang segan juga dengan ustaz tu dan teman-temannya. Selepas Suboh sebelum sarapan aku akan menyempurnakan Solat Israq dan pada waktu rehat jam 10.00 pagi aku akan Solat Dhuha. Selepas Solat Insya apabila habis aktiviti kursus aku akan habiskan bacaan quran aku. Besoknya pula jam 4.30 pagi aku dah bangun dan menghabiskan sedikit masa di dalam surau di Pusat Latihan berkenaan. Amalan itu sememangnya di ajar semejak keluar 3 hari pertama aku bersama Jemaah Tabligh sewaktu dibangku sekolah lagi

Sebahagian masa malamnya kekadang ustaz dan teman-temannya akan membawa aku minum di warong di sekitar Kuala Terengganu. Di dalam perjalanan ke warong, di dalam kereta biasanya akan dipasang kaset-kaset ceramah Ustaz Haji Abd.Hadi dan kekadang Tuan Guru Nik Aziz yang memangnya pun aku suka dengan ceramah mereka. Ketika berada di warong, macam biasa cerita yang sering keluar di dalam berbualan adalah berkaitan politik semasa. Aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Cuma sesekali akan bercerita itu pun kakuzari (laporan ) pengalaman ketika keluar dan hal ehwal semasa Jemaah Tabligh. Bila aku bercerita, mereka semua ambil perhatian serta rasa hurmat terhadap aku. Tidak ada seorang pun yang bangkang malah semuanya menyetujui apabila aku bercerita termasuklah ustaz tersebut.

Rupanya tindak tanduk aku sepanjang perjalan kursus berkenaan diperhatikan oleh mereka. Setiap amalan yang aku buat rupanya mereka ambil perhatian lebih-lebih lagi bangun di awal pagi ke surau. Pernah ustaz bertanya kepada aku, “ macamana anta boleh istiqamah Solat Tahajud ? soalnya lembut sewaktu keluar dari surau. “Biasa je ustaz, kadang-kadang tertinggal juga. Bukannya kuat sangat ana ni”, jawab aku dengan sikit tawadhuk menghurmati dia sebagai ustaz.”Tapi ana ni lagi le lemah jarang sangat boleh buat Tahajud, kekadang suboh berjemaah pun terlepas semedang”, katanya lagi. Aku diam je tak jawab apa.apa.

Bila tamat kursus dan mahu pulang ke Kuala Lumpur, rupanya penerbangan aku dari Lapangan Terbang Kuala Terangganu ke KLIA sama dengan ustaz berkenaan. Kami bersama-sama dan confirmkan tiket pun sama dan tempat duduk kami pun sebelah menyebelah. Ketika di lapangan terbang sewaktu minum dengan beliau, beliau menceritakan kisah beliau macamana beliau boleh terlibat dengan Parti PAS. Ceritanya bagaimana beliau mula mendapat hidayat yang sebelum itu beliau seorang yang terlalu jauh dari agama sehingga beliau menagis terisak-isak menahan sebak. Aku pun turut sedih mendengar ceritanya. Katanya pada aku,”Anta alhamdulillah dapat hidayat awal, tidak seperti ana yang lewat dapat hidayat.” Sewaktu di dalan pesawat dia menyambung lagi ceritanya dan kemudian ia menggenggam tangan aku seraya berkata” Wallahi syeikh usaha Tabligh yang anta buat adalah usaha yang benar, anta teruskan. Ana ni jiwa kasar sedikit mungkin sebab tu ana duduk di dalam Jemaah PAS.” Bila aku dengar kalimat ini yang keluar dari bibirnya beserta pula bersumpah dengan nama Allah airmata aku tak tertahan lagi mencurah keluar dari klopak mata aku. Rasa hiba betul, seorang ustaz yang kuat dengan Jemaah PAS mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Selang beberapa hari kemudian, beliau datang ke pejabat aku hanya semata-mata ingin bertemu dengan aku. Setelah berjumpa kami berpelukan dan kedatangannya berjumpa aku semata-mata ingin memastikan hadith yang pernah aku cerita semasa kat Kuala Terengganu tempoh hari. Selepas 12 tahun pertemuan aku dengan ustaz tersebut, sewaktu tinggal di Seremban teman marhalah aku yang nak keluar 40 hari ke Sabah, transit keluar 3 hari di satu masjid di Kuala Lumpur, katanya ustaz berkenaan sewaktu selesai memberi kuliah Maghrib di situ duduk dan makan bersama jemaah sambil menasihati jemaah untuk istiqamah dalam usaha Jemaah Tabligh.

Moral dari cerita ini.

Banyak ustaz-ustaz yang aktif di dalam Jemaah Islam sebenarnya suka dengan Jemaah Tabligh. Ada dikalangan mereka amat-amat menyokong usaha yang mulia ini. Sebagai contoh keluarga Syeikh Nuruddin Marbu Al Makki Al Banjari kebanyakannya adalah karkun kuat di Indonesia. Sewaktu Penulis berada di Jakarta penulis sempat bertemu dengan adek beliau Ustaz Suffian yang kini berada di Yaman.Selain itu pengasas Jemaah ABIM Ustaz Ghazali Bangi pun telah keluar beberapa kali 40 hari bersama Jemaah Tabligh. Bila salah seorang orang kuat ABIM Senawang bertanya,”sebab apa ustaz keluar Tabligh?” Katanya,” saya ingin betulkan amal di dalam Jemaah Tabligh”. Yang bertanya itu pun telah keluar beberapa kali 3 hari bersama-sama dengan penulis

Kalau ada ustaz-ustaz yang mengkritik, anggaplah mereka belum mendapat maklumat yang jelas tentang usaha ini. Mungkin juga sikap sesetengah kita yang tak pandai mengambil hati ditambah lagi dengan akhlak burok sesetengah karkun.

Wallahua’lam

sumber : al alorstari

Suhbat Bersama Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.


Sewaktu kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki pada Ramadhon yang lalu, beliau ada menyentuh mengenai kemulian Maulana In’amul Hassan rah (Amir ketiga Jemaah Tabligh). Antaranya beliau berkata bahawa Maulana In’amul Hassan ini adalah termasuk seorang yang sentiasa berzikir sehingga zikir harian beliau mencecah 70,000 sehari semalam. Juga kata beliau bahawa sewaktu beliau dilantik menjadi syura (kata Syeikh yang bermaksud Amir /Hadrat ji Jemaah Tabligh) orang yang memutuskan siapakah yang akan menjadi amir ketika itu ( Maulana Zakaria rah) memerintahkan setiap orang yang ada di dalam majlis berkenaan keluar melainkan dia yang pernah melihat malaikat. Akhirnya semua keluar yang tinggal hanyalah Maulana In’anamul Hassan rah. Beliau menangis terisak-isak kerana rahsia beliau selama ini telah terbocor. Kisah ini beliau mendengar dari Syeikh Abdul Wahab, Amir Pakistan. (Mungkin ketika beliau hadir di Ijtimak Indonesia baru-baru ini)

Maulana In’amul Hassan, Amir kedua Jemaah Tabligh ini adalah seorang yang sangat alim khusus di dalam bidang hadis.Beliau mempelajari ilmu agama dari beberapa orang ulama terkenal di India juga khusus dari ulama di kalangan keluarga sendiri. Beliau termasuk seorang ulama besar India yang oleh Syeikhul Hind (Maulana Mahmudul Hasan rah) dijuluki sebagai “Gudang Mufti” Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah (Al’Iqdul Farid: 16).

Sebenarnya amir-amir Jemaah Tabligh, kesemua mereka adalah dari keturunan Abu Bakar r.a yang silsilah keturunan mereka ini dijagai sehingga sekarang. Kalau kita membaca biography keturunan mereka, kita akan dapati bahawa perkahwinan mereka adalah di dalam lingkungan keluarga terdekat demi menjaga silsilah keturunan tersebut.
Seperti mana kita bertanya kepada orang-orang keturunan India yang lahir dan tinggal di Malaysia, “Kamu orang mana?”. Pasti dia akan menjawab,”Saya orang Malaysia.” Yang sebetulnya dia orang Malaysia tetapi keturunan India. Begitu juga dengan keluarga amir-amir Jemaah Tabligh ini, mereka adalah orang India tetapi berketurunan Arab dari rumpun Abu Bakar r.a.

Pada tahun 1991, aku diberi kesempatan mengerjakan haji dan pada tahun yang sama ramai elders dari India, Pakistan dan Bangladesh ikut mengerjakan haji. Maulana In’amul Hassan juga datang mengerjakan haji beserta dengan beberapa orang dari Markaz Nizamuddin India. Ketika berada di Madinah, kami beberapa kali dijemput untuk mendengar nasihat dari ulama-ulama ini. Sewaktu berada di sebelah kiri kuburan Nabi saw, aku dapati Maulana In’anul Hassan di tolak masuk di atas kerusi roda dari pintu Bab Al-Nisak yang sememangnya dibuka untuk semua jemaah masuk. Ketika di tolak masuk ke dalam Masjid oleh pembantu beliau, aku dapati semua ahli jemaah mengelak memberi laluan kepada beliau. Wajah beliau yang begitu berseri-seri menjadi tarikan ribuan jemaah dari berbagai negara ketika itu. Mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau namun dilarang berbuat demikian disebabkan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Setelah memberi salam kepada Rasulullah di kuburan, beliau akan bersolat sunat dan duduk beberapa lama menunggu solat. Kami mengambil kesempatan untuk berada bersama-sama beliau. Beberapa orang-orang Arab yang tidak mengenali beliau bertanya kepada aku siapakah syeikh berkenaan. Aku memberitahu mereka bahawa beliau adalah seorang ulama dari India. Biasalah tidak ramai orang mengenali ulama-ulama Jemaah Tabligh kerana Jemaah ini tidak ada akhbar, pamplet ,Brochures dan lain-lain. Selain itu mereka-mereka ini tidak dijemput untuk menghadiri sebarang seminar melainkan Maulana Abul Hassan Ali Nadwi rah.


Sewaktu Ijtimak Raivind, Pakistan, Maulana In’amul Hassan hadir pada hari akhir untuk berdoa. Ramai saudara-saudara Arab tidak pernah melihat dan mendekati beliau. Mereka hanya biasa dengan ulama-ulama di Markaz Raivind di Pakistan sahaja. Namun apabila mereka terpandang sahaja Maulana In’amul Hassan mereka seperti separuh gila. Apa tidaknya wajah beliau begitu bercahaya menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihat beliau. Betul-betul dihadapan aku beberapa orang saudara dari Negara Arab ini seperti separuh gila cuba meluru mendapatkan Maulana namun mereka dihalangan oleh petugas sekuriti sambil mententeramkan keadaan. Setelah Maulana menaiki kenderaan, ada yang cuba bergayut pada kenderaan tersebut. Begini keadaan gelagat mereka di kalangan saudara Arab yang tidak pernah melihat maulana dengan wajah yang begitu bercahaya. Ada seorang ahli jemaah dari U.S yang datang ke Markas Nizamuddin, India. Beliau seorang yang berkulit hitam dengan badan sasa yang cukup cekap di dalam seni mempertahankan diri, menceritakan, “ Aku tak pernah takut dengan sesiapa pun walaupun ia lebih besar dari aku. Pasti aku akan lawan. Namun setelah aku melihat Maulana In’amul Hassan, wallahi! aku terkencing.” Cerita beliau ketika waktu rehat di Markaz Nizamuddin, India. Bayangkanlah bagaimana kehebatan sahabat-sahabat Nabi khususnya Umar r.a yang menjadi ketakutan pada musuh hanya sekadar mendengar nama sahaja.

Pada tahun 1992 aku diizinkan tuhan untuk keluar lagi di India. Pada cillah (40 hari ke tiga) akhir, aku terkepung di Markaz Nizamuddin disebabkan Delhi diistiharkan curfew selama seminggu. Ianya adalah kerana Masjid Babri di Ayodoya diruntuhkan oleh fanatik-fanatik Hindu. Kebiasaanya sesaorang itu akan berada hanya 3 hari sahaja dan akan dihantar keluar di route yang diputuskan. Namun disebabkan curfew, maka kami tinggal hampir seminggu di Markaz Nizamuddin. Ketika ini aku dan teman aku yang sedang belajar di Shaharanpur juga ikut terkepung. kami mengambil kesempatan ini untuk berada bersama Maulana In’amul Hassan setiap hari selepas solat Asar untuk duduk berzikir bersama beliau. Belum pernah aku merasai kelazatan berzikir sepanjang hidup aku sehingga kini melainkan ketika berzikir bersama beliau. Sedangkan ketika itu aku hanya berzikir dengan zikir biasa sahaja iaitu tasbih, selawat dan istighfar, namun ianya terasa begitu khusyuk sekali. Mungkin kerana aku berada bersama beliau serta kesan zikir beliau tertempias kepada aku. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Maulana Zakaria rah di dalam kitab beliau Fadhilat Zikir yang mana terkadang-kadang kesan zikir dari sesaorang yang dekat dengan Allah akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan beliau.

Aku melihat beliau sentiasa berzikir dengan mulut beliau berkumat- kamit. Beliau tidak memegang sebarang biji tasbih namun kedua-dua belah tangan kanan dan kiri digunakan untuk berzikir. Ibu jari dan jari telunjuk akan sentiasa bergerak-gerak seperti kita mengira biji tasbih. Jika sesiapa yang datang menjumpai beliau beliau akan melayani namun jari-jari tangan tadi tetap akan bergerak. Sepanjang kami berzikir di dalam bilik Maulana In’amul Hassan tidak ada orang lain hanya aku, teman aku dan satu dua lagi maulana yang aku tidak kenali. Di hujung-hujung masa iaitu sekitar 5,6 hari barulah waktu curfew itu ditarik balek oleh pemerintah. Aku lihat ramai tetamu yang datang dari jauh dan bertemu dengan Maulana. Rupanya waktu itu adalah waktu mesyuarat syura-syura seluroh India, Pakistan dan juga Bangladesh. Kami mengambil menafaat dari mesyuarat berkenaan untuk mendengar nasihat dari beberapa elders yang datang. Ini termasuklah nasihat dari Maulana In’amul Hassan sendiri.Nasihat dari Maulana Umar Palampuri, Maulana Said Ahmad Khan dan juga Haji Abd Wahab. Kesemua nasihat mereka cukup memberi kesan kepada kami.

Aku dan teman penah bertanya kepada Maulana Mustaqim sewaktu makan bersama beliau di Markaz Raivind, Pakistan, “Mengapa kulit Maulana In’amul Hassan putih begitu? Jawab beliau, “ Maulana In’amul Hassan terkena serpihan sihir. Kata Maulana Mustaqim lagi, “ Kulit Maulana yang sebenar hanya kamu boleh lihat sewaktu beliau memejamkan mata iaitu kulit di atas kelopak matanya sahaja warna kulit asal beliau.” Tambahnya lagi,” Jika beliau lalai sahaja dari berzikir pasti beliau akan terkena sihir yang dihantar oleh gulongan Hindu dan juga gulongan “Brelwey” (Grave worshipper).

Mungkin ada orang berkata bahawa aku terlalu fanatik dengan Maulana In’amul Hassanh namun aku berani bersumpah bahwa aku tidak berani menatap mata beliau. Kalau beliau memandang kepada aku pasti aku akan menundukan mata aku ke bawah. Apabila beliau melihat ketempat lain barulah aku akan menatap wajah beliau. Ini adalah kerana kehebatan yang ada pada beliau serta wajahnya yang cukup bercahaya. Saat paling aku merasa takut adalah saat seorang India tiba-tiba datang meluru kepada beliau. Entah macam mana orang India ini boleh lepas tiga kawalan sekuriti. Beliau tiba-tiba menengking lalu orang India itu lari keluar dengan ketakutan. Kata kawan aku ramai orang India yang cuba loloskan diri masuk khususnya yang berfahaman ‘brelwey’ yang kekadang untuk melepaskan sihir.

Pengalaman suhbat bersama beliau benar-benar memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa aku yang cukup sukar untuk dilupakan. Apa lagi ketika itu berpeluang berbaiat dengan beliau. Isteri aku yang keluar masturat pada tahun 1990 juga berpeluang tinggal di rumah isteri beliau untuk selama 3 hari. Wanita ketika itu juga berpeluang bebaiat dengan beliau. Ianya juga memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa.

P/s : Bukanlah maksud aku untuk menggangkat elders Jemaah Tabligh atau bersikap ‘ghulu’ terhadap Maulana Jemaah Tabligh. Namun apabila Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menceritakan demikian maka aku terpanggil untuk meceritakan juga pengalaman yang aku pernah tempuhi.

kisah ini di ambil dari blog alorstari

Sunday, February 20, 2011

Adakah khuruj 3 hari , 40 hari dan 4 bulan itu bid`ah?


Mengapa Khuruj 3 hr, 40 hr,4 bln


ParaSahabat Keluar ke Jalan Allah:

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut.
Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut.
Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang,
500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada
yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah
lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan
sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita
menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh
setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6
hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM
KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat r.hum keluar 5 tahun:

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh
Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5
tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara',
oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996,
m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat r.hum keluar 6 bulan:

Bara r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus Khalid
ibne-Walid r.a kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara
berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sanaselama 6
bulan. Khalid r.a kerap mengajak mereka untuk
masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengutus 'Ali ibne-Abi Talib r.a ke sanadan
memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan
seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani
Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang
menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk
Yaman, maka
mereka keluar dan dan datang kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur saf mereka
untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai
solah, Ali r.a membacakan isi suratRasulullah s.a.w kepada mereka. Setelah
mendengar isi suratRasulullah s.a.w itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam.

Kemudian Ali r.a. menulis suratkepada Rasulullah s.a.w yang kandungannya
memberitahukan
tentang keislaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan
kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah s.w.t.
Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan.
Keselamatan bagi Bani Hamadan.
(Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)

Keluar 4 bulan:

Ibn Juraij berkata: “Adaseseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada
suatu
malam ketika Umar r.a sedang berkeliling (ghast/jaulah) di sekitar
lorong-lorong kotaMadinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang
mengungkapkan sya’ir:

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Daku tidak boleh
tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu. Andai bukan
kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya,
sudah pasti ranjang ini goyang oleh yang lainnya.

Ketika Umar r.a mendengar syairnya itu, maka dia bertanya kepada wanita
tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat
merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar
r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu
menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu!
Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suamimu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan
bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan
kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu
menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu,
Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “
Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah
menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.”

Kemudian Umar r.a. menulis suratkepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera
Islam supaya
tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar r.a mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk
melihat ehwal orang ramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang
bersya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Aku tidak boleh
tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu. Kemudian Umar
r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak
bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka
Umar r.a. berkata,
“Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari:

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka
Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya
berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada
di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.:
Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah -
Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand,
terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah memanggil Abdul Rahman bin
Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan
menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya:
Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka
berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul
Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung
itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat
Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani
dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu
Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan
Perniagaan Darul Khair, 1988)

Fatwa Ulama:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South
Africa.

Istilah, 'Tashkil' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud
menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke
Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh
dalam
jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7
bulan, 1 tahun dan sebagainya.

Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti
mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya,
dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak
bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa
yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke
Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dan sebagainya, bukan
bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Syariah, tapi
sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Syariah.

Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia
akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa
keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Syariah.. Dan Allah
Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan
Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan:
Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut
ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan
mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu
adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk
mengapai redha Allah s.w.t, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau
untuk hiburan, permainan dan kebatilan.

Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang
mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia,
mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.

Padahal Rasulullah s.a.w bersabda, “Sepetang atau sepagi keluar di jalan Allah,
lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya.

Juga sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata
untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi
sabilillah.”

Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat
untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa
keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah
terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan
mereka bahawa Rasulullah s.a.w mengirimkan Mu'az r.a ke Yaman bersendirian saja
dan tidak berjemaah.

Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengirimkan Mu'az r.a
sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a bersamanya. Baginda s.a.w
bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka
lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian menyusahkan. Bertolong-tolonglah kalian
dan jangan berselisih.”

Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash
r.huma. Bersama mereka baginda s.a.w mengirimkan rombongan besar untuk dakwah,
ta'lim dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah
peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal
batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan
selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap
membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj
fi sabilillah (keluar di jalan Allah)?
Alhamdulillah.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh

Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:

Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Anbiya. Dan inilah juga usaha yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha
ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha
untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40
hari
dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita.
Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan
harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang
dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan
Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah
didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan
(ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah ayat 111).

Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan
hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama
Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini
umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu
sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada
masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar
seumur hidup.

Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga
berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith, para Ulama’ dan masyaikh di
dalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat
Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar
bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak
terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.

Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti
ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan
pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.

1. Hikmah keluar tiga hari

i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk di dalam suasana
Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah
pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari
seseorang itu. Di zaman Nabi s.a.w orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung
didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang
Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki
bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam
masjid Nabawi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk
dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara
satu sama lain.

Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari
yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah s.a.w telah
membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam
hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabawi dan bertemu
dengan baginda Rasulullah s.a.w dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya
perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika
itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.

ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah s.a.w atas maksud
dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk
berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan
mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh
binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih
dahulu sebelum memulakan peperangan?

Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w bahawa didalam Islam
tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan
dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak
orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan
mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam.
Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah s.a.w
telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul
Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada
mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam.
Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam.
Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

iii. Hadzrat Zakaria a.s seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah s.w.t mahu
mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang
engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah s.w.t
menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:

Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga
hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan
bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41)

Paramufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria
a.s ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat.
Pada masa itu Allah s.w.t telah memerintahkan Hadzrat Zakaria a.s supaya
berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk
menambah penghampirannya kepada Allah.

Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat
mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan
diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri
dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana
agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta
pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat
dan lebih hampir kepada Allah s.w.t.

Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an
dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh
supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia
juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri
sendiri.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam
Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 –
266)

Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari

Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini
mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah
banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah
jelas apabila Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan Musa a.s supaya menambah
bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an.

Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30
malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya
dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al
A’raf 142)

Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah s.w.t menyebut dengan
janji-Nya kepada Nabi Musa a.s untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat
selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda s.a.w banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini.
Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata
daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama
40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi
segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan
roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama
40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul u-la akan mendapat dua jaminan.
Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.

Hazdrat Abdullah bin Abbas r.a berkata dihari kematian anak lelakinya,
"lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar". Hambanya berkata
orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka
menjawab “Ya, telah cukup”. Abdullah bin Abbas r.a berkata “hadirilah
sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda s.a.w bersabda mana-mana orang
Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan
syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti
diterima”.

Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:

“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir
sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.

Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan
keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang
yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40
hari sudah pasti amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau
dikampungnya.

Daripada hadith-hadith dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’
di dalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa
selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

Tuesday, February 15, 2011

Mengapa orang Islam perlu berpolitik?


From: "Syed Mohamed"

To:

Subject: Pertanyaan yg penting!


Assalamualaikum wbt....

USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan.Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.

Muhammad Syafiq




Jawapan Ustaz Ali Muda
Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhanc" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguhc" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang). Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? cnampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! ccccAda sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!c termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.

Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.