Thursday, July 22, 2010

Cuka(i) Malaysia memasamkan hidup rakyat


Oleh Barisan Pendekar Melayu Haprak

Atas nama pembangunan masyarakat penyayang, rakyat dikenakan bayar cukai yang tinggi tanpa diisedari, Rakyat bukan marah sangat terhadap dasar kerajaan, tapi rakyat marah disebabkan duit darah rakyat disonglapkan oleh Bangsa 30 percen, khasnya umnoputra.

Melayu sudah tukar haluan hidup, Melayu bukan melayu lagi, tetapi Melayu telah jadi Bangsa 30 % semua diinginkan dalam hidup mereka 30 %, tak banyak ..cuma 30 %, apa yang menghairankan kenapa Allah tidak mengizinkan bangsa 30 % ini hidup dalam jangka hayat 30 % sahaja?? Oleh kerana wujudnya bangsa 30 % ini lah rakyat terpaksa tanggung penderitaan, kerja macam lembu bayar Melayu 30 % hidup selesa.

kalau aku seorang pekerja, aku tak kisah bayar cukai. cukai tu bagus. penduduk perancis bayar cukai sebanyak 22% dari gaji tahunan mereka, so kalau gaji mereka 24k euros setahun, so diorang kena bayar 5280 setahun. memang banyak, tapi..

1. perubatan di Perancis adalah percuma. doktor & ubat tak disekalikan. contohnya, kau sakit pergi jumpa dr. ambil prescription, pergi farmasi ambiklah ubat. kena sakit apa pun tak kisah. pendek kata, free..

2. sekolah di perancis juga free, bukan konon2 free mcm kat m'sia yang kata yuran dihapuskan tapi kalau ada 10 ringgit boleh anak kau sekolah? atok la free, yuran kerusi, tshirt sekolah, pibg, apatah, kalau di perancis, kolej komuniti ke, sorbonne ke, semua free. lepas qualification, masuk la U, sebab tu orang Perancis ade 2-3 degree pun susah dapat kerja, tapi adakah mereka merempat?

3. public transportaion tak yah cerita lah. sangat efisyen, anda tak perlukan personal transportaion kecuali nak bergaya.

4. cuti MC, Medical certificate di perancis ialah unlimited, dan company akan bayar gaji kau termasuk elaun2!. ye lah, kalau dah aku sakit, boleh ke aku limitkan sakit aku tu sebanyak 14 hari je setahun? kalau tak sakit, kita pun takkan mengada2 nak ambik mc kan?

5. 30 hari cuti berbayar akan diberikan pada setiap individu untuk pergi bercuti. Sebab untuk mengelakkan stress. Wajib ambik dalam setahun.

6. Waktu kerja maksimum seminggu utk rakyat perancis ialah 35 jam sahaja. kerja lebih? balik rumah. cuti

( rujukan dari buku micheal moore, mike's guide to election 2008 & stupid white men)

Kalau hidup macam ni aku tak kisah pun pasal tax aku kena bayar kat kerajaan. Memang rumah/real estate kat sana mahal gila, tapi buat apalah rumah besar2 tapi aku takut kalau aku kena heart attack, ambulance tak sampai2 sebab rumah aku jauh, public transportation langsung takde, pastu bila bawak kat hosp, hospt taknak terima aku kerana takda kad insurance( banyak terjadi kat m'sia ye, kita je tak didedahkan dengan cerita2 nih). homeless pun tak apa.

tak perlu cerita pasal tax makanan la, sebab sumber tu kita tak boleh nak control, basic health care & education dulu. aku tak harap la negara kita sampai ada cuti vacation berbayar tu tapi kalau education & health care ni betul2 free, memang lepas lah beban paling besar yang kita tanggung.

sebab tu aku doubt bila pakatan rakyat kata nak hapuskan cukai, peniaga2 ( kesatuan yang kontrol harga barang, kau ingat kerajaan yang buat? malam sikit) akan cakap, orang dah banyak duit sekarang, mari kita naikkkan harga barang, kalau memang betul peniaga2 ni patuh dengan kerajaan, kenapa bila ada pm umumkan gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik jugak?

apa gunalah semua orang gaji 5000 tapi value duit tu kecik, lama2 duit kita jadi rupiah, pm gomen sekarang cuba bodohkan orang dengan kata nak naikkan gaji, apalah rasanya naik gaji kalau semua barang keperluan naik sama ?

No comments:

Post a Comment