Oleh Jib Pedro
ARTIS JADI IKON PEROSAK?
BUKAN IKON PEROSAK AKHLAK SAHAJA .... MALAH PERUNTUH MORAL lagi ...... (rosak boleh repair .... tapi runtuh lagi parah beb ... punah-ranah... lingkup .... musnah .... hancur lebur ..... tidak boleh di repair2 lagi beb!).
Iya tak iya gak?
Apa tidaknya? Lihat sajalah dikaca2 tv gelagat artis2 dan mereka2 yg menonton. Baik di pertunjukan konsert (rock tak rock toksah kiralah .... even yg siaran langsung Jom Heboh, Gegar, Suarasa, siaran2 realiti show dsbnya) yg dok terkinja2 tertunjai2 terloncat2 atas pentas dgn lagak gaya terhegeh2 si artis2 yg punyalah ghairah (lupa dunia kata orang) telah memberi aksi yg melebih2 dgn pula reaksi spontan dari para penonton dgn yg pompuan yg bertudung tak bertudung lagilah ........ pun sama naik dgn puak2 artis2 yg dah mcm tak sedar diri (lupa diri).
Masing2 dari puak2 penonton dah mcm kena rasuk setan lagaknya dgn begitu teruja sambil melambai2kan tangan, menghewang2 tangan masing2 menunjukkan begitu meminati artis2 yg kononnya idola mereka .... sungguh terhibur sekali. Pompuan bukan sekadar yg muda2 sahaja ..... yg makcik2 bertudung pun lebih menjadi2 mengalahkan yg muda2. Sesetengah tu dah ada cucu pun maseh teruja lebih2 lagi bila ada kamera memfokus kat muka2 makcik2 Melayu yg teringin nak tayang muka2 mereka (untuk keluar di kaca tv).
Kalau macam tu .... kira bukan merosak akhlak masyarakat Melayu kita?
Bukan merosak saja malah meruntuh lagi bila dah kegiatan dan gejala seperti ini sentiasa dan kerapkali diadakan oleh mereka2 yg bergiat aktif dlm bidang seni hiburan.
Jawabnya .... 'hiburan' lah yg menjadi punca utama yg menjadi daya tarikan yg boleh mengheret segenap muda-mudi juga yg tua2 seperti makcik2 bertudung ke tempat tumpuan dimana terdapatnya hiburan.
Sudah tentu hiburan melibatkan artis2 ....... dan artis2 inilah yg dijadikan ikon bagi mereka2 yg ghairah untuk berhibur. Memang masyarakat kita sukakan hiburan .... senantiasa suka berhibur .... kira nak berseronok memanjang. Hinggakan ada kampung Melayu dinamakan 'Kampung Seronok'. Sila berkunjung ke Pulau Pinang di daerah Balik Pulau ..... pasti akan ketemu dgn Kampung Seronok.
Dan di tambah lagi dgn penglibatam artis2 yg begitu ghairah dan begitu teruja dgn penampilan dan persembahan yg melampau2 mereka ..... malah itu sudah jelas - terang lagi nyata - yg depa tu melambangkan IKON PEROSAK AKHLAK ..... juga IKON PERUNTUH MORAL.
Tidak nampak ciri-ciri 'membina akhlak' pada situasi bila artis2 beraksi di pentas atau di persembahan2 siaran tv show atau sebagainya. Akhlak disini merangkumi gaya, tingkah-laku, adab sopan, percakapan, budi bahasa, cara berpakaian, cara berhias memperagakan diri, gerak-geri, mimik muka (_expression) dan segenap aspek yg meliputi keseluruhan susuk tubuh si individu artis berkenaan.
JELAS LAH YG ARTIS2 MELAYU KITA KEBANYAKANNYA ADALAH .........
IKON PEROSAK AKHLAK ...........MALAH ADA YG BOLEH KATEGORIKAN sebagai IKON PERUNTUH MORAL lagi.
JANJI ADA TITLE ICON .... KIRA OKEY LAH
Terus terang cakap.
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment