Saturday, March 20, 2010
Cina Malaysia belajar dari Cina Hong Kong
Oleh siti jerangkung
Ekoran dari komen Siti Jarum mengenai Cina Hong Kong dan Filem Melayu:
Cuba lihat perkembangan Cina Malaysia yang nampak2 mcm nak ikut jejak Cina Hong Kong.
Ini tauke yang mengeluarkan belanja untuk bikin filem2 Melayu sudah dapat menunjukkan betapa berkembangnya 'show bisnes' hinggakan mengalah pengeluar2 filem2 Melayu tempatan yg lain.
Dan satu yang dapat kita lihat .... tauke Cina Malaysia ni .... dia tak makan sorang. Banding dengan tauke2 pengeluar filem yang Melayu2 maupun Mamak atau Benggali .... semua tu dok pulun untuk kocek depa sendiri saja. Kira makan sorang2 lah tu. Ada sesetengah tu 'kencin' (kalau teruk lagi mcm kata orang Kedah ... kencin meleleh .... lebih teruk lagi kencin meghambu) ...atau kelentong puak2 artis2 yang mereka ambil berlakun pun banyak ..... sekadar bayar 50% advance .... balance nya buat senyap (itu banyak yg kita dengar). Macam mana Melayu nak maju .... bangsa lain (kapir lagi) tau tentang berkatnya habuan dan rezeki yang Tuhan bagi ..... itu sebab dia sentiasa kongsi habuan bila dia dapat untung dari hasil pengeluaran filem2. Dia kenang jasa dgn memberi extra bonus untuk mereka2 yang membawa/memberi/menambah hasil untuk setiap keluaran filem2nya.
Tengok semakin berlambak2 filem2 dan drama2 dari syarikatnya boleh dengan mudah dan cepat dihasilkan (walaupun tidak berkualiti @ hampeh) .... akan tetapi dapat juga sambutan dari penonton2 Melayu kita juga (walaupun tak sampai satu juta (berbanding jumlah penduduk di Malaysia melebihi 27 juta). Ini disebabkan Melayu kita mudah teruja ... dengan hidangan2 seperti 'mee-segera' lagaknya.
Juga harus ingat Melayu kita gila nak berhibur saja .... lambat lepa ada bentuk apa hiburan pun .... boleh tengok muka2 Melayu (yang bertudung ka ... yg tak bertudung lagilah) menerpa ke tempat ada hiburan (lebih2 lagi percuma (free - tak kena bayar apa2) dan lagi jika ada kamera TV (seperti di lokasi Jom Heboh, Suarasa, dan lain2 yg serupa bentuk yg di ikut oleh lain2 stesen TV yg pakat dok lawan bersaing).
Kalau pasai filem2 (di pawagam - kena bayar) jadi kurang la sambutan. Itu pun setengah dari kalangan remaja ambil peluang 'dating' dgn girl fren untuk 'merendek' dlm pawagam (yg boleh duduk berdekatan didalam gelap - puak2 JAIS, JAKIM, JAWI, MAWI, MAIS, JAKUN semua tu belum dapat idea atau aduan supaya dapat mereka melakukan raid untuk mencegah maksiat dalam pawagam.
Cuba try buat laporan tentang keadaan 'merendek' dlm panggung ..... tengok boleh ka atau tidak mereka yang punya tauliah (dari JAKIM atau JAKUN dsbnya) meng'raid'kan panggung wayang gelap tengok .... baru gamat suasana! Jadi.... pawagam ni pun sememangnya dijadikan tempat remaja2 (couple) berpeleseran sambil melepaskan penat lelah ... sambil melepas geram .... mengeksersaiskan jari jemari dalam aksi raba-meraba, korek mengorek, tembab menmbab pipi, sondoi menyondoi batang hidung (tu baru batang hidung .... batang lain pun jika ada kesempatan & keadaan nampak mcm okey ... pun boleh jadi punya) didalam gelap beb .... dalam gelap mcm2 boleh jadi ..... sambil berhibur menonton cerita2 filem yg bertaraf sampah tu....... apa mau kira .... sampah ka ....hampeh ka ....bagi remaja2 jenis tujuan lain (mereka plak yg sendiri melakukan lakunan) tak ambil kisah langsung tentang apa yg berlaku dilayar skrin.
Bukan setakat wayang dimainkan di skrin panggung tu .... tapi mereka2 ni pun turut main wayang sesama sendiri.
Pelakun2 dilayar skrin tu memanglah pelakun ..... tapi mereka yg penonton ni pun dah bertukar jadi pelakun jugak, sebab dalam panggung wayang gelap ... bollehlah beraksi 'merendek-rendek'.
Itulah realiti nya.
salam dari,
Siti J'kung.
NB: nampak2 mcm group KRU boleh bagi saingan hebat dlm bidang ini untuk lawan dgn tauke Cina tu. Tapi don't be surprise sikit hari nanti kita nanti tengok tauke Cina Malaysia tu tiba2 sudah memiliki rangkaian pawagam (cineplex) di merata2 pelusuk negara .... mcm mana tauke Cina Hong Kong pada suatu ketika dulu. Who knows? Sapa tau? Tuhan beri rezeki bukan kpd yg beragama Islam saja.
Labels:
Socio-political
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment