Wednesday, June 22, 2011

BERSIH 2.0: Sandiwara PERKASA dan PEMUDA UMNO


Courtesy of Malaysian Waves

Kalau Hishamuddin dan Polis hanya mengambil tindakan pada satu pihak sahaja (BERSIH 2.0), simpati akan bertambah-tambah pada BERSIH.

Maka, dibuat-buat supaya Khairy dan PERKASA pun mahu berarak sama. Gegak gempita seluruh Malaysia kononnya PERKASA akan membuat kacau dan menumpah darah.

Dalam suasana begitu, maka Hishamuddin pun memanggil BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO untuk "diambil" tindakan.

Tampaklah seperti Hishamuddin dan UMNO mahu menenang keadaan dan membawa keamanan. Maka, isu sebenar BERSIH akan tenggelam. Yang akan nampak selepas ini adalah usaha UMNO dan Hishamuddin sedaya upaya mahu membawa keamanan kepada Malaysia.

Padahal, Pemuda UMNO dan PERKASA adalah rakan sekelambu Hishamuddin dan UMNO.

Jangan kita semua terpedaya dengan main wayang Hishamuddin, PERKASA dan Khairy Jamaluddin ini.

Baca selanjutnya disini
http://www.malaysiawaves.com/2011/06/bersih-20-sandiwar-perkasa-dan-pemuda.html


No comments:

Post a Comment