Oleh Kan Nia Boh
Dr Asri yang dihormati:
Saya terbaca artikel anda bertajuk Jalanraya Bukan Untuk Upacara Agama, http://drmaza.com/home/?p=1015
Memang terperanjat saya, anda sebagai cerdikiawan dan berstatus ulama tetapi pandangan anda lebih mirip kepada mengislamisasikan kemasyarakatan Malaysia. Sejak anda berkhidmat sebagai mufti Perlis, waktu anda menikmati gaji dari UMNO,. Kenapa tidak menyarankan ungkapan sedemikian? Adakah kerana terlucutnya pangkat Mufti maka anda mengambil langkah untuk membalas dendam?
Memang tidak dinafikan anda berkelayakan sebagai sarjana dan pakar dalam pengajaran Islam, ini tidak membuktikan anda memahami segala budaya dan keagamaan ugama lain, khasnya upacara bagi agama Thaipusam, Buddha dan Taoist. Apa yang menyedihkan anda tidak sengaja telah memperlecehkan agama lain, dan memperhuduhkan persepsi agama lain dikaca mata orang Islam. keagamaan, sebagai seorang islam yang bersikap toleransi, diharap tunjukkan kesempurnaan toleransi anda.
Islam tiada menggalakkan perarakan, ini tidak dinafikan anda lebih memahami Islam tapi pandangan anda tentang perarakan penganut Tionghua dan Hindu adalah salah sama sekali, fahami lah budaya kaum Tionghua sebelum menulis apa yang anda tidak ketahui.
Rujukkan : http://baike.baidu.com/view/910722.htm
Ini lah budaya turun menurun, adakah Islam mengalakkan umatnya menghapuskan budaya bangsa lain, terkecuali anda Dr Arsi adalah pengamal prinsip Taliban. Selain itu apa yang malukan saya dalam tulisan anda tercatatnya anda adalah tidak memahami perlembagaan Negara,, dimana perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama dan mempunyai hak untuk merayai upacara keagamaan mereka. Lihatlah perenggan
- Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.
-Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Status_kebebasan_agama_di_Malaysia
Kenapa Dr Asri hendak menunjukkan sikap Melayu haprak yang mengikut nafsu diri memberikan pandangan ini? Tahukah tulisan anda telah memperlecehkan standard diri anda sebagai cerdikiawan Islam? Renungilah diri Tulis anda telah malukan Islam dan bangsa Melayu sekali gus, keegoaan anda kerana nama telah mengheretkan diri aanda hingga terlupa ajaran Islam yang jati.
Rakyat membayar cukai, ini adalah tanggungjawap rakyat, kalaulah sekali sekala menjalan perarakan dan memberikan kerja kepada polis, bandaraya…. Ini tidak keterlaluan. Yang keterlaluan adalah anda tidak memahami dan tidak menghormati perlembagaan kebebasan beragama lalu menulis sampah sarap sebagai tulisan ilmiah.Tulislah apa yang anda tahu , jangan menunjukkan diri kebodohan anda.
Walaupun anda mempunyai kelayakan Doctorate keislaman, tetapi yang menyedihkan menonjolkan kepariahan dalam pandangan tentang upacara budaya keagamaan bangsa asing, dimanakah letaknya kewarasan tentang budi bicara, menghormati dan kepekaan `ethnic cleansing’ yang di hujahkan dalam blog anda? Adakah anda inginkan bangsa lain mengikut assmilasasi berlandaskan Islam? Ini terbuktinya kewarasan diri anda sudah diprejudiskan oleh pandangan kaum lain.
Anda bukan sahaja menyentuh hak keagamaan bangsa lain, tetapi inginkan ethnic cleansing diperlakukan supaya membasmikan aktiviti keagaamaan lain dihapuskan mengikut lunas anda, anda seolah olah menunjukkan diri bagai pakar perkauman yang mengizinkan darah rakyat berbilang kaum menngalir di atas bumi ini.
Anda menyatakan Islam mempunyai sikap toleransi tetapi manakah letaknya sikap toleransi, tidak apa perbezaan sikap anda dengan Jais, Jakim, diibaratkan dua kali lima sahaja. Atas nama toleransi beragama tetapi anda tidak berhak untuk menyentuh kehendak-kehendak penganut agama lain, Ini bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, tetapi ini terbukti anda tidak memahami Islam langsung, kalau lah anda menjunjungi ajaran Islam bersifat Toleransi, mesti anda tidak akan menulis artikel yang bertentangan dengan Islam.
Kalau lah anda sebagai seorang Islam yang baik, berpemikiran waras, tidak gila kuasa dan nama, anda patutlah berdiri di depan masyarakat Tionghua, Hindu dan memohon maaf, tarik balik artikel anda dari mereka, sekiranya anda tidak mengambil langkah sedemikian, anda membuktikan diri anda bagai mufti yang bahlul tanpa kepekaan ilmu islam anda. Sekian terima kasih.
Friday, February 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment