Pages

Monday, April 4, 2011

Sah, Datuk T yang kantoi... kahkahkah...


Politik londeh dan teramat jijik telah menaungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau kita imbas, bermula dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari SPRM yang menyasarkan kerajaan PR Selangor, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim yang kian buntu. Jelas, Umno dan Barisan Nasional mahu membodohkan rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya.

Tapi rakyat perlu sedar... siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir?

Terbaru yang paling panas di pasaran adalah kes Anwar yang telah di tuduh sebagai pelakon utama dalam klip video seks yang kini tersebar di internet yang dipelopori oleh Datuk T. Sepintas lalu setelah menyaksikan sedikit adegan dalam video tersebut, amat jelas... pelakon seks itu bukannya Anwar. Ternyata, Datuk T yang jelas di taja oleh tangan tangan gagah dibelakang mereka telah gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah walaupun di beri status tayangan eksklusif percuma pada wartawan terpilih, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah.

Jelas, Datuk T sendiri gagal meyakinkan dirinya bahawa cerita rekaan mereka ini akan berjaya. Jikalau keyakinan dirinya tinggi, apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar. Bukannya menayangkan hanya pada khalayak terpilih dengan tujuan mengundang sangsi di pihak rakyat.

Dalam negara Malaysia the Bolehland ini, fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan – inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain. Sekali lagi rakyat menyaksikan, media arus perdana telah menjadi perkakasan politik yang keji dan jijik.

Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Maka rakyat selaku pengundi yang bertanggungjawab wajib menghukum politik jijik ini dengan undi mereka dalam pilihan raya umum nanti.

dipetik dari salehudin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment