
Oleh Anak Mami
(MyMetro) - Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.。。。。。。。。。。
---------------------------------------------------
Ini lah ahli cerdikiawan Melayu Islam yang baru buat fatwa baru, Ghairah , melayu islam berupaya khalwat dalam alam siber ..... Amerika pun pening Yahudi pun jadi bahlol. ini lah teknologi Melayu Islam yang paling canggih dalam dunia. Wa kah kah kah
Melayu boleh lakukan khalwat melalui internet , Melayu ini jenis bangsa apa? UFO ? anih, pandai betul melayu boleh lakukan khalwat dalam alam internet, macam mana mereka lakukan persetubuhan pula?? tanya lah pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh
Pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh membuat rekod baru ,, beliau inginkan bangsa melayu bermastudin di Syurga, beliau inginkan kaum melayu menjadi kaum yang paling suci dan alim di dunia ini .Pada hal buang bayi itu tidak dipentingkan , masalah buang bayi yang bersikap jahiliah tidak penting, yang penting melayu mesti jauhkan berkhalwat,
Entah macam mana melayu ini lakukan seks melalui internet ? silap silap melalui streamyx kot? atau melayu ada sejenis alat yang paling canggih dapat menghantarkan sperma melalui internet. boleh jadikan wanita melayu hamil..... lantas mengandung anak haram. nampaknya melayu ini kaum species yang luar biasa. Klu tak boleh kenapa ungkitkan dan kaitkan internet itu dengan khawat?
Pakar motivasi ini kata: ``isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.''
Kita tanyakan soalan kepada beliau , kalau isteri tu tak gatal, macam pakai tudung, dan tutup aurat, ehmabhyang kuat dan tunggu masuk syurga setiba akhirat, melalui internet beliau dapa menyampaikan ajaran islam kepada semua golongan , mahu pun melalui skype. Jadi apa salahnya internet ini?
Rrumah tangga Melayu ini pecah belah bukan apa. bukan salah internet , pada hal salahkan sikap melayu yang pandai kongket, nak cari lelaki yang lebih tampan , kaya dan beri jaminan hidup mewah, faktor ekonomi lah yang mendorong melayu kuat rasuah. mncari kemewahan hidup lalu lakukan curang, dan tidak semestinya berkhalwat di internet,, sebaliknya internet cumalah saluran untuk menghiburkan diri di waktu sepi.mencai ilmu pengetahun.
Pakar - nampakkah gelaran pakar , tetapi kualiti dan mentaliti sebegitu ringkas, standard sekolah rendah kebangsaan, memang ungkapan yang dikeluarkan tidak masuk akal, tak bikin logik, macam mana nak mengajar melayu jadi cerdik?
Asalkan ada kaitan dengan Islam, semua boleh disalahkan tanpa perlu hurai panjang pertimbangkan fakta, Asalkan bertentangan dengan Islam semua dijadikan haram, jadi , bilakah melayu boleh maju bila dapat bimbingan Pakar Melayu ? wa kah kah kah
No comments:
Post a Comment