Monday, August 9, 2010

Jho Low or JR Ewing


SimuFlite at DFW, is the largest corporate aviation training center in the world.



By Anonymous

DFW (Dallas - Fort Worth), Texas adalah salah satu aerotropolis yang paling sibuk di dunia. Di bandar-bandar Mid-Cities yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa telah menjadi tempatnya bagi berbagai industri aviation, termasuk syarikat Simuflite ()

Malaysia kerap menghantar kapalterbang-kapalterbang mewah pensendirian untuk diservis atau diperbaiki. Ini termasuk kapalterbang yang dipunyai oleh Yang Dipertuan Agung Malaysia. Kursus latihan juga diadakan disini untuk cara pengendalian kapalterbang-kapalterbang tersebut. Disinilah juga terdapat komuniti kecil dari Malaysia, dan Indonesia. saya berkerja sebagai seorang Sushi Chef dekat sekali dengan SIMUFLITE, dan golongan besar pelangan kami adalah perkerja-pekerja dari lapangan terbang tersebut.

Baru 2 hari yang lalu, aku didatangi seorang jurulatih penerbangan bersama kawannya memakan di Sushi Bar. Hati aku tertanya sama ada kunjungan rombangan dari Malaysia untuk menjalani latihan pernerbangan, kerana biasanya member aku Zaid akan menjemput mereka ke rumah untuk mengeratkan lagi silahturahim. Melihat name tag di kemejanya, "SIMULFLITE TRAINER" aku pun sibuk melepak dengan kedua-dua pelangan tersebut. Dari diberitahu baru tahun lalu SIMULFLITE membuka cawangan di Kuala lumpur, dan Malaysia telah jarang menghantar pelatih-pelatih kesini........

TIBA-TIBA kawan jurulatih tersebut bertanya saya kenapa Malaysia begitu kaya raya. Dibertanya saya sama ada saya mengenali seorang peniaga berumur 28 tahun namanya J LO (Taek Jho Low). Beliau merupakan seorang juruterbang yang selalu menerbangi J LO ke merata tempat di USA, dan di serata dunia seperti California, Las Vegas bermalam di Ceasar Palace bersama J LO.

Beliau memberitahu kapalterbang yang membawa bagman ini selalu dipenuhi dengan arak. J Lo orang ini yang selalu belanja boros seperti wangnya tidak dimiliki beliau. Kerap ke negara-negara Arab seperti Dhubai, Abu Dhabi, Riyadh, pernah ke Ka Chin pengunungan di utara Myammar berniaga junta mlitari disana. Pernah ke Zurich mungkin simpan wang haramnya? Diberitahu J Lo baru berkahwin tahun lalu, dan beliau berasal dari Pulau Pinang. Ayah J Lo bermastautin di KL, dan juruterbangan tersebut pernah memakai kapalterbang mewah untuk menghantar saudara mara J LO dari Pulau Pinang ke KL semamsa beliau berkahwin.

Sepanjang penerbangan di merata dunia, anak Najib juga kerap bersama beliau. Biasanya juruterbang tersebut diarah untuk mendarat ke Singapura sebelum ke Malaysia. J LO suka memilih mendarat ke lapangan terbang yang kecil di Malaysia dari khalayak ramai. Juruterbang kurang faham apakah perniagaan si muda 28 tahun ini? Bagaimana beliau mempunyai begitu banyak wang sekali. selalunya membawa beg-beg lugage yang besar masuk dengan berpadlock ke destinasinya, dan kebiasaan pulang tanpa beg-begnya. mungkin itu wang-wang tunainya kot.............

No comments:

Post a Comment