
Oleh Muhd Nawi
Mengapa Malaysia kalah atau gagal dalam misi untuk memenangi piala rebutan berprestij THOMAS CUP?
1. Yang pertamanya ..... Laungan 'Malaysia Boleh' 'Malaysia Boleh' menampakkan yg kita seolah2 takbur ...... membangga diri .... cakap besar .... boasting. Justeru itu, slogan 'Malaysia Boleh' tidak lagi relevan sebab ianya juga boleh tidak membawa manfaat. Malah membawa mudarat pun boleh. Sebab slogan 'Malaysia Boleh ......' boleh membawa maksud kepada pelbagai macam kesan (effects/results). 'Boleh' disini ...... serba jenis 'boleh' boleh berlaku .... bukan sahaja boleh menang .... boleh berjaya ..... malah boleh kalah pun boleh ..... boleh terkandas pun boleh ...... boleh lingkup pun boleh ....... boleh bungkus pun boleh.
Pendek kata macam2 'boleh' boleh di kaitkan dgn slogan 'Malaysia Boleh' ciptaan yg tak membawa manfaat tu.
Macam2 boleh di tambah selepas slogan "Malaysia Boleh ...." ....... boleh itu .... boleh ini ..... baik positif maupun negatif effect.
2. Yg keduanya..... Penyokong2 Malaysia menampakkan seperti 'penyokong membawa rebah' sahaja jadinya dgn lagak melampau2 dgn membuat bising semasa setiap pukulan 'smash' dari pihak pemain Malaysia ... walaupun 'smash' tu tak menjadi dek dapat di tangkis oleh pihak lawan. Terlampau2 kuat membuat sorakan tempikan dgn bising lagi, bertambah riuh pikuk, hingar bingar satu stadium .... yg secara tak disedari boleh mengganggu konsentrasi pemain. Ini boleh menjejaskan tindak tanduk dalam aksi pemain. Cara begini walaupun berniat untuk memberi semangat kpd pemain tapi nya ia boleh disrupt konsentrasi mereka yg beraksi di gelanggang. Distract attention pemain.
Cuba perhatikan penyokong2 negara lain .... mereka tidaklah menunjukkan 'over-excited' melampau2 punya expression and actions terhadap menyokong pemain2 mereka .... walaupun pemain2 mereka menunjukkan prestasi yg begitu menakjubkan. Contoh penyokong2 Indonesia .... mereka tidak menunjukkan perangai terkinja2, terhegeh2, tergedik2 macam kera kena belacan saja (seperti yg ditunjukkan oleh penyokong2 kita dari Malaysia). Orang2 Indonesia pun banyak juga yang jenis macam hooligan .... tapi mereka tidak menunjukkan perangai mereka dalam situasi seperti ini. Nampak sangat tahap atau standard kita begitu rendah sekali dalam penampilan kita dimata umum (ini boleh dikira dimata dunia ... kerana ianya menerusi 'live telecast').
3. Lagi satu kita ni perasan lebih .... seolah2 kita saja yang handal. Pihak lawan.... kita pandang rendah tentang tahap pencapaian mereka .... walhal mereka punya tahap pencapaian dan prestasi mereka adalah lebih baik dan lebih jauh kehadapan dari kita. Nampak macam kita ni jenis 'syok sendiri' saja. Jenis 'masuk bakul angkat sendiri' lagaknya.
Perhatikanlah dari setiap reaksi di pihak media, dipihak pengacara di tv, dipihak wartawan, dipihak penyokong yg jenis terlalu taksub, dipihak penganjur, dipihak ahli2 politik (termasuk pak2 menteri) dan sebagainya. Tapi tidak begitu dipihak pemain2 sendiri. Ini kerana mereka yang akan beraksi di gelanggang. Mereka yang memikul beban. Merekalah yg bertungkus lumus, merekalah yg berhempas pulas. Penyokong2 hanya sekadar dok tengok saja tau. Yang dok tengok tu cuma untuk seronok bersorak-sorai saja. Tanggungjawab keatas bahu mereka harus di pikul dan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.
Bagi pihak yang hanya pandai bercakap ..... selalunya akan melaung2kan .... 'boleh' .... 'mesti boleh' ..... 'pasti boleh' ..... senang dan cukup mudah aje ler ....
Cuba beraksi sendiri di gelanggang .... mau terkincit ..... mau tercirit birit dibuatnya .... pada mereka2 yg sering dok memberi semangat berkobar2lah kononnya .... pikiaq ambik la.
Cakap memang senang ... bikin kalu? baru tau langit tu tinggi ke rendah?
4. Yang paling mengecewakan adalah kerana banyak sangat campurtangan politik dalam BAM. Semua pakat nak get involve. Jantan betina tua muda pakat nak menyibuk sama.
Malah campurtangan politik dalam semua bidang sukan dan juga olahraga dalam negara kita cukup paling ketara sekali. Sebab itulah kita tidak boleh mencapai kecemerlangan dalam banyak acara2 yang dipertandingkan. Campurtangan politik lah yang menyekat dan menghindar kita untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang2 sukan dan olahraga.
5. Jinx pun boleh disabitkan juga dalam perkara seperti ini. Iaitu bila kita mempunyai peluang dan kelebihan beraksi bertanding di gelanggang sendiri ..... di laman sendiri .... ditempat sendiri (home ground) ditambah dengan sokongan dari puluhan-ribuan penyokong2 kita sendiri pulak, sudah sepatutnya membuka ruang yang lebih memihak kepada kita. To our advantage kata matsaleh. Tapi ini tidak berlaku .... tidak terjadi. It never happen.
Memang JINX lah tu. SIAL dalam lain perkataan.
Siapa gamaknya yang membawa SIAL kepada misi ini ya?
Nampak macam kita boleh sense akan PEMBAWA SIAL tu ....... siapa ya?
Pada pertandingan semi-final antara Malaysia dgn China pada Jumaat 14 Mei 2010 - Thomas Cup di Stadium Putra Bukit Jalil .... puak2 penyokong (Malaysian supporters) meregangkan kain rentang berbunyi .... "BRING BACK OUR CUP"
Apa ke jadahnya? Thomas Cup yg jadi piala pusingan (rebutan semua negara yg berkelayakan) dianggap puak2 Malaysian supporters sebagai "OUR CUP" ..... kira macam PIALA THOMAS tu hak mutlak kita yg punya ka? Apa punya bodoh.... apa punya tahap mentaliti yg begitu rendah rakyat Malaysia kita ni. Entah dia orang faham ka bahasa Inggeris yg digunakan tu? Memalukan saja. Di mata dunia woi ..... satu dunia boleh nampak.
AS IF THE CUP BELONGS TO US.
No comments:
Post a Comment