Pages

Thursday, March 11, 2010

Muka sebenar Taliban Zul


Oleh Anak Mami

Pemecatan Zulklifli Nordin selaku MP dapat diibaratkan sebagai mencabut gigi buruk. Zul bagai gigi buruk yang menyakit kepala PKR , saraf gigi buruk ini bukan sahaja membusukkan mulut malah apabila bila bertutur akan mengakibatkan mulut busuk

Pemecatan Zul dapat diibartakan bagai si pemuda di lamun cinta dengan gadis idamannya. Bila Gadis jelita mutuskan hubungan dengansi pemuda itu, maka si pemuda cuba memburukkan namanya, dengki, maki hamun, hingga ingin lakukan sumpah keatas si gadis itu. Begitulah Zul perangai biadap yang konon perjuang Islam tapi tiada sikap Islamic value.

Zul memang memahami sikap Anwar, dimana sejak PKR mengambil tindakan keatasnya, mula lah beliau menceritakan sejarah lama beliau dengan Anwar, seolah olah ingin minta balik jasa dan budi, dimana kes qazaf, Zul sanggup lakukan sikap kepariahan, sikap melayu haprak yang bengong.

Zul sebagai MP. Pengemis undi dari rakyat, dimana beliau tidak memahami beliau telah hutang budi keatas rakyat, khasnya kaum tionghua dan kaum India di Kulim. Bila sudah dapat memegang kuasa, maka tunjuklah muka sebenar yang bertopengkan perjuangan Islam. Tidak merasakan sensitivi pengundi pengundi terhadapnya. Nampaknya Zul adalah lebih teruk dari anjing jalanan, dimana anjing memang mengenang budi, tapi Zul tidak mempunyai sikap keanjingan ini.

Zul berangan angan ingin memegang Anwar, dalam strateginya beliau memikir sekiranya dapat memegang Anwar maka dapatlah beliau memegang Parti PKR, sering kali Zul menanggap PKR adalah milikan Anwar, maka Anwar tidak berani mengenakan apa apa tindakan keatasnya. Sebagai seorang penguam dan MP , kecetekan pemikirannya amat memalukan.

Apabila Zul dipecat serta merta sikap dan personalitinya berubah ubah, tanpa mengawal sikap emosi dan keterlanjuran mengeluarkan kata kata yang pariah, low class, di mana beliau kutuk Wan Azizah dengan sarung tangan sehingga mengjatuh hukuman bahawa Wan Azizah mengamalkan pseudo Islam, adakah Zul mempunyai hak keistimewaan dari Allah untuk membidas dan mengkritik amalan seseorang?? Ini lah cita cita Zul ingin menghitamkan PKR sebagai Parti Taliban bila berbicara tentang Islam.

No comments:

Post a Comment