
Oleh Barisan Pendekar Melayu Haprak
UMNO = Melayu first, Islam second. PAS pula Islam first, Melayu second. Macamana nak bersatu ?? Melainkan UMNO tukar dasar kepada Islam, barulah boleh bersatu. Ataupun UMNO bubar terus, semua pakat masuk PAS.
Masa UMNO kuat, masa tu lah sepatutnya org2 UMNO ni cerita pasal perpaduan. Melayu dlm UMNO sepatutnya tolong melayu dalam PAS. Tapi, tengok apa jadi. Masa kuat mereka sombong, takbur dan rasa kuasa mereka tak akan tergugat. Walaupun dah hampir nazak, Najib sendiri ckp perpaduan bagus, tapi bukan maksud UMNO lemah..Hah masih lagi takbur.
Senario dalam 1Malaysia. Bila ja UMNO makin lemah, nyampah nak baca Utusan ke, berita hairan ke, TV3 ke dan alat2 media UMNO. Media2 ni akan dendangkan isu2 yg agak2 sama ja. Isu Melayu lemah, Isu agama, dan isu perkauman
Umno parti yang bukan berdasarkan Islam, sebaliknya pas mengambil rujukan tertinggi adalah alquran, assunnah, ijmak dan qias. kaedah menyatakan bahawa apabila berkumpul halal dan haram, dimenangi haram. sepatutnya perpaduan Melayu patutlah mengislamkan umno.
Selagi Melayu bersau , Melayu akan belajar cara cara songlap dari UMNO. Melayu miskin akan miskin lagi, Melayu buang bayi akan meningkat hari ke hari. isu perpaduan Melayu akan menghala melayu ke sudut yang lebih redikal .kesimpulannya inilah masalahnya melayu yg masih bolih diperkudakan olih ketua mereka yg bobrok akhlak dan penyelewengan rasuah libatkan ribuan billion ringgit tak pun ditegur atau pakat heret kemahkamah sebaliknya mrk ini cuma dengar tv atau akhbar harian atau pun ajen2 umno dikalangan pimpinan bawahan itu sudah cukup mereka ini SAMI'NA WA ATHO'NA sungguh ...mereka lah yg menjadi penghalang kebenaran dan keadilan tertegak dibumi sendiri ~ dosa umno yang amat berat bila mereka menghalang hukum Islam dilaksanakan olih Pas ~~ kamu bolih buat seribu alasan tulislah tapi tunggulah kami semua juga sedang menunggu siapakah diantara kita yg bangang didepan Allah.
walaupun pahit untuk di telan Tetapi terimalah hakikat perpaduan Melayu akan menjadikan melayu semakin malas, bahawa kita (bangsa bangsa) melayu sememangnya malas namun bernafsu Besar untuk menjadi kaya..maka dengan ini lahirlah pemimpin2 yang korup, rakyat yang korup dan tidak bijak menjaga amanah atau menjaga harta Pusaka, demi mengejar kemewahan segera Isu perpaduan Melayu mengajar melayu mengejar mimpi sahaja. Harapan kosong bila bangkit dari tidur.
No comments:
Post a Comment